Wednesday, February 29, 2012

Pening Kepala atau Migrain



Pening kepala atau migraine adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya. Mungkin ramai diantara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu study. Sehingga kini, migraine tidak mempunyai ubat. Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer je,untuk mengurangkansakit,bukannya menyembuhkan. Memang menyakitkan la bile tiba2 kepala berdenyut2 kesakitan. Membuatkan kita hilang fokus, terduduk atau terbaring menahan sakit yang amat sangat Nak buat ape pun tak boleh. Sebenarnya, gejala ni dah lama aku alami, sejak sekolah rendah lagi. Sampai satu tahap, time aku darjah 6 sekolah petang(agama) hampir 40 hari aku tak datang sekolah sebab pening kepala ni. Ustaz and ustazah dah paham dan tahu yang aku ada masalah pening kepala ni. So, tak de la kene gantung sekolah sebab ponteng..haha
Paling teruk yang aku ingat aku sakit time kat matrik. Time ni final exam semester 1, lepas paper fizik. Pergh,memang aku pening sangat2 time ni sampai aku HANTUK2 KAN kepala aku kat katil. kat matrik guna katil kayu. Time 2 Allah SWT je tau macam mana sakitnyer kepala aku. Aku tak tahu la yang aku ni migraine ke entah. Tapi untuk pengetahuan korang semua, kalo aku menghadapi pening kepala ni, jarang rasa sakitnya satu kepala, tapi yang aku selalu lalui pening hanya sebahagian sama ada kiri atau kanan kepala ataupun sebahagian kecil jer(suku kepala). erm, risau gak aku,ape la gejala sakit yang aku hadapi nie.


Rawatan terhadap penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Ada kalanya,migraine boleh disembuhkan dengan muntah, makan, rehat atau mengikat kepala.Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine.


Sebab dah lama aku "menceburi" bidang PENING KEPALA or MIGRAIN ni, so dah banyak cara aku gunakan untuk atasi masalah pening kepala nie. Kalo time kecik2 sekolah rendah dulu, mak aku yang selalu urut kepala aku. Memang terbaik la...Iye lah, mesti la mak concern kalo anak die sakit kan. Kalo aku perasan mak aku ade guna minyak sahang untuk urut kepala aku ni..sahang sama maksud biji lada hitam or putih. So,kepala akan rase panas la..memang sedap time nie. Tapi kalo kepala aku sangat pening, sampai guna minyak sahang pun tak berkesan, mak aku akan ikat kepala aku dengan tudung kepala kuat2..huhuhu..
Bab ikat kepala ni pun ada di ceritakan dalam kisah Rasulullah..


Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah
dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain  
Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya , Baginda berkata : aduh
kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.
Tapi yang paling mujarab setakat ni aku rase nak rawat pening kepala ni adalah dengan muntah. Korang muntah la semua yang ade dalam perut korang ni sampai habis, then korang baring rehat. Insyaallah, baik.
Tapi kalo korang pening dalam keadaan perut korang kosong, korang jangan makan plak time 2 sebab nanti rugi la kerana korang akan muntah ape yang korang makan tu..hehe..membazir kan...

So, kalo perut korang kosong korang cuba je muntah. Tapi jangan paksa plak sampai jolok2 jari dalam mulut...Salah tu...haha..kalo ikowt pengalaman aku, korang kene muntah sampai la keluar cecair warna kuning kehijauan. Kuantiti tak la banyak cecair 2. Tapi, Insyaallah, kalo korang dah muntahkan cecair ni, maka legalah pening kepala korang. Tapi time muntah ni memang seksa la, sampai mengalir air mata. huhu..
Dan kalau boleh elakkan dari sering makan ubat. Kalo pening je makan ubat,asik2 makan ubat. Bahaya gak kan kalo ubat tu ade bagi masalah pada badan kita pada jangka masa panjang kelak. Macam aku sekarang gak la,kalo pening je comfirm aku makan ubat, sampai ubat
Panadol dah tak de effect kalo aku makan sekarang nie. 
Sekarang pun aku makan ubat Uphamol 650 kalo aku pening, then kadang kala tak berkesan gak..risau kan..

Ape2 pun aku harap sakit yang dah lama aku rasakan ni adalah kifarah kepada dosa2 aku yang berlambak ni. Moga Allah mengampunkan segala dosa aku.amin..

So, INGATLAH 5 PERKARA, SEBELUM TIBA 5 PERKARA. Antaranya adalah:
SIHAT SEBELUM SAKIT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...