Thursday, December 29, 2011

Anak Kucing ke Kucing Tido??

Assalamualaikum.... PEACE NO WAR..trademark syazwan..empunya blog Ceritera Marker Putih.. pesal title entry kali nie pasal kucing??haha...sume ni angkara makan durian...ape kaitan durian dengan kucing pulakkan?? pergh...lame btol dh tak makan durian..ntah mcm mana bleh makan durian ni..sebab orang belanja kan...terima kasih kepada yang belanja...syazwan ruslan kalau tak silap..hehe...
nak di dijadikan story, pegi kipmart beli barang2 untuk buat BBQ GOP UAE...sekarang ni plak musim durian..so,area buah penuh la dengan buah durian..terasa nak plak makan..bukan aku la,tp yang len..harga plak berpatutan..pe lagi beli la kan...bile dh beli masalah nak cri tempat nak mkn buah 2...alih2 makan kat taman berdekatan jusco..
beli 3 biji je pun, tu pun x mampu nak habiskan...durian ni bahaya gak..makan banyak2 bleh buat badan panas..lagi 1 aku memang takowt nak makan durian banyak2..boleh buat sakit tekak...pergh..perit giler kalo sakit tekak sebab durian...
tapi sayang sorg member zakri langsung tak makan durian ni..memang die allergic giler2...cium bau durian pun x boleh.. mmg btol2 anti lah dengan durian ni...
ni baru nak cite mcm mana timbulnya istilah anak kucing...seriusly, aku tak tau pun istilah anak kucing ni ade pada buah durian.. istilah ni dicetuskan oleh amalina nurhidayah..tak ade plak terfikir istilah2 ni,yang aku tau makan je... ok,kalo korang perasan time makan durian,kalo kite buka "pangsa" durian 2 ade part yang dalam 2 hanya ade seulas je buah durian..bnde 2 la yang dipanggil oleh amalina nurhidayah ni "anak kucing"...sebab comel mcm anak kucing kowt...hahaha.. tapi kekeliruan istilah telah muncul setelah perkara ini dirujuk kepada saudara zul azri pakar bahasa..haha... istilah yang betul adalah kucing tido....erm,so sekarang mane yang betol?? kalo aku sume ulas yang ade kat dalam durian 2 aku panggil DURIAN...x de istilah kucing2 nie..haha...
 ~ADE KAMI KESAH,ANAK KUCING KE KUCING TIDO KE..YANG PENTING KAMI KENYANG...ALHAMDULILLAH...~

Wednesday, December 28, 2011

Batu Kerikil, Pasir dan Air

Assalamualaikum...kali ni nak berkongsi citer tntg sumthin yg bleh buat korg pikir utk diaplikasikan dlm life korang...untuk buat sesuatu benda,perlu ade perancangan..jangan men redah je...nanti ape yg kita rancang tak menjadi..kan dah kecewa,masalah bagai....kisahnyer begini..
sorang student yang pakar dalam bab2 mengurus ni sedang bercakap dengan ahli2 group die dlm satu organisasi.kat depan die ada satu jag berbentuk silinder yang sederhana besar.
then, student 2 masukkan beberapa biji batu sebesar penumbuk(besar penumbuk aku) dalam jag tu satu persatu sampai tak muat lagi. then die bertanya kpd teammate die " korg rase jag ni dah penuh?? "Ya!jawab salah sorang di kalangan mereka. yang laen angguk2 setuju.."betul ke??"student yg pakar tu pun ambil dari dalam beg bagasi die(siap bwk bagasi dlm meeting,semata2 nk bg motivasi kat teammate..haha) sebuah kotak berisi anak2 batu kerikil.
then die pun memasukkan anak2 batu tu dalm jag tadi.so,anak2 batu 2 memenuhi ruang antara batu2 besar yang dah dimasukkan sebelum ni. die susun hingga x dapat nak masukkan lagi. member len "ushar" pelik ape kejadah mamat ni buat.. "so,sekarang jag ni dah penuh belum?"tanya student pakar tu."maybe tak.."jwb salah sorang dari diorang.yang len plak ade yang mengangguk,ade juga yang menggeleng. "hmmm...Boleh tahan!" balas student pakar tu.then die pun keluarkan satu peket plastik berisi pasir halus dan menuangkan ke dalam jag tadi sehingg padat.
pastu, dia tanya lagi, "sudah penuh?" "belum lagi" jawab teammate diorg serentak. nampak macam confident je. "Bagus!" dia pun kemudiannya menuangkan air ke dalam jag tadi sampai penuh dan padat. "Baik. korang semua dah tengok apa yang aku buat tadi. so, apakah pengajaran yang korang sume dapat daripada bende ni?"tanya student pakar tu slps selesai menuangkan air dalam jag. "aku rasa, teladan daripada peristiwa tadi adalah, sebanyak mana tugasan yang perlu dilakukan sekiranya kita berusaha sedaya upaya, kita akan dapat lakuakan banyak perkara lain".seorang ahli group tu berikan pendapat. "sory bro,bukan itu yang aku nak sampaikan." student pakar tadi memberikan respon. "teladannya adalah surely korang tak akan dapat memuatkan batu, kerikil dan pasir sekiranaya korang memasukkan air terlebih dahulu. letakkan bende yang "BESAR" dulu, kemudian barulah muatkan bende yang kecil. Rancang lah kerje saudara" So,korang paham tak ape yang aku nak sampaikan??
GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL
..so, ape yang kita buat sekalipun,rancang lah elok2 yer..supaya tak susah dikemudian hari..kita akui,
kita merancang, Allah juga merancang,tapi sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah S.W.T
..tapi cube lah merancang yer..selebihnya kita berserah pada Allah... ni video nasyid dari kumpulan nice..aku suka dengar nasyid ni untuk kuatkan semangat aku dan muhasabah diri balik kalo ade masalh yang menimpa aku...percayalah setiap masalah yang menimpa kita ni sume ade hikmahnya..Allah lebih mengetahui....
saje letak gambar ni sebab NICE sangat...gambar kelas aku tahun 3-SKG..kimia gas....silaturrahim perlu dijaga...ingatan untuk diri ini..huhu

Tuesday, December 27, 2011

Tutti Frutti....

pergh....1st time aku makan bende alah yang sedap nie...alhamdulillah...
nie sume angkara idea akram hakim...hahaha...sory salahkan hang am...
ntah cam ne lepak2 kat bilik,tbe mantan gess society ni cadang makan tutti frutti...
semangat gler sampai terus search kat internet kat mana lokasi mende ni kat jb..
rupenyer tak jauh mane pun..berjaya menjumpai lokasi di sutera utama,dekat dengan sutera mall..pe lagi, tanpa berlengah terus pergi ke tempat yg dituju...even dah tau tmpat kat ne,tp still gak gune GPS....maklumlah member2 aku ni sume anset mahal2...


aku,zack,arep and hafizi....


haha..ni la mangsa2 yang terpengaruh dengan mastermind...hahaha..

muke wat gembira wlaupun byr dgr harga yang "MAHAL"....hahaha...


ni la akram@am,mastermind yg berjaya mempengaruhi kami..aduh...
sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna...


ni la pilihan santapan kami...pergh..sedap giler..memang berbaloi... mesti kene habiskan.. bak kata am " timbang tutti frutti lagi GERUN dari timbang berat badan" so,phm2 la brape harga bnde ni..mesti korg pun tau...so kne la habiskan sampai ke titisan yang terakhir......kalo tak rugi ar....makan pun pelan2..kene layan kesedapan bnde alah ni...
tapi aku ase mkn bnde ni bleh setahun skali je..mane taknyer...mahal,,,huhuhu...
berikut adalah harga yg paling mahal..haha

1st place:AREP SAMAD
2nd place:ZACK
3rd place:MAZLAN
4th place:FIZI
5th place:AKRAM


ape2 pun thanks kat hafizi ithnin sebab sudi membawa kami ke destinasi..kalo tak,x denyer la nak pegi...
so,pada korg2 sume,jom ar rase tutti frutti...pelbagai pilihan..tp pastikan duet dalam dompet kne ade..paling koman atas RM10...kalo x...sory bro...ehhhe..

ALHAMDULILLAH....

Monday, December 26, 2011

Solat itu Tiang Agama..

sayangnyer la bile kita dah bertahun2 solat tapi x tau maksud bacaan dalam solat tu...
so,same2 la kita berusaha utk khusyuk dalam solat dengan memahami maksud2 bacaan solat...
moga kita sentiasa inginkan perubahan yg lebih baik dari hari ke hari..insyaallah...


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

lagi satu hal, sblom solat silent la phone,lagi baek off phone...so, tak de la tergnggu..lagi2 kalo solat berjemaah...pergh,ckp pasal solat berjemaah ni,kadang2 susah betol nk istiqamah...moga terus diberi panduan oleh Allah...
insyaallah....

Bila Lelaki Bujang Mula Memasak...

Dah lama x buat entry baru...x diberi kesempatan waktu utk menzahirkan segala kehidupan dunia yg dah dilalui sebelum nie...
ape pendapat korang dengan lelaki yang pandai memasak??
bagi aku ia adalah satu kelebihan kalau lelaki tu pandai masak...
so,bleh la survive kalau tibe2 terperangkap dalam situasi dimana tak ada siapa yg dapat masakkan makanan utk kita. Terutamanya bile dah kahwin nanti..kesian kat isteri,asik kene masakkan utk kita jer..then kita goyang kaki,x tolong masak sekali..
kan sweet kalo dapat masak sekali dengan isteri..haha..
so, untuk menghadapi situasi tu nanti,so aku dengan kawan2 aku ni cube menajamkan skill utk masak ape jenis mkanan sekalipun...pelbagai makanan dh kitorg masak, tp x dapat nak tunjuk gmbar pun sbb x penah sempat utk ambik gambar mase masak..maklumlah,fokus..
video ni aku rase amat dekat dengan kami..masak same2,makan sama2..tp setakat ni x de suap2 lagi la...kami suap cume tyme sambut bufday jer..haha..kebetulan plak name plakon dlm video ni same dengan nama aku..haha...harap sgt kmi x gadoh2 cm dalam ni..haha


dulu ahli kami ade 7 orang sume..mereka adelah...
arif zaki(rumate aku)
orang perak..
ciri2: pendiam

syed@jack
orang ganu..
ciri2: ramai peminat

zul azri@BP
orang jenalik perak..
ciri2:google stylo

ihsan
orang ganu
ciri2:genius

fizi
orang KL
ciri2:raja lawak
arif samad
orang nogori 9
ciri2:x suke membongak...

ni aku la..
alan..org selangor...

Ape2 pun skrg ni ahli kami dah tinggal 3 org termasuk aku..lagi dua BP n Fizi..
yang laen x dpt nk teruskan perjuangan kerana ade mslh yg x dpt dielakkan...huhu...
bagi aku bile pandai masak, ianya satu kelebihan...nnt kalo ditakdirkan jodoh kahwin dgn isteri yg x pandai masak, x de hal la sebab kami lelaki2 ni boleh tolong ajar masak..haha...
sweett..
kesimpulan yg pnting sebenaryer yang aku nak tekankan ialah silaturrahim..
bile kami masak sekali sama2 ni ukhuwah kami semakin mantap..moga terus kekal..InsyaAllah...
buat akhirnya,ni je gmbar yg bukti kami masak..hehe
Ayam masak Gulai Tempoyak, Kangkung Belacan and Telur dadar
Chef:zack n fizi..
tyme ni aku x tlg sbb ade kelas..aku shift len..haha

Sunday, March 20, 2011

gembira dan sedih...sukar untuk dipisahkan....

assalamualaikum...nmpaknyer aku smkin aktif dan bersemangat utk sentiasa update dan membuat entry baru utk blog sinissenyumku ini...spt biasa aku sudah tentu post aku bkaitan dgn diri aku...bukan pe..saje nak kongsi..tanggal 12 mac 2011,kakak kpd saya telah mndirikan rumah tangga...diucapkan tahniah la kpd kak zilah n abg komar,moga kekal sehingga ke akhir hayat,dikurniakan anak2 yg sihat serta keredhaan Allah...so,hri khamis malam aku dah bertolak balik ke rumah...sbnrnyer hari jumaat ade kelas...tp nk wat cm ne..tket bas utk direct balik ke rumah ade pkul 10am and 10pm ja...kalo balik hari jumaat 10am,comfem same gak x g kelas..then terlepas solat jumaat...lagi la..kalo balik mlm plak,smpai2 kat umah nnt org dh sibuk nk kenduri..payah..so balik je la awal...

ni la bas LPMS yg slalu aku naek utk balik ke kampung atau pun utk balik semula ke JB..bas ok la..vip seat...tp hari 2,aku cm x sdp hati je naek bas..upenyer ditengah jalan smpai kat nilai N9,aku tercium bau hangit(terbakar)..aku dh mula cuak...then ade uncle sorg ni pn terbangun gak...yg len sume hampeh..tido lena...ish2..aku x sng duduk dh..x kan uncle yg bwk bas ni x perasan....dlm hati aku cepat la berenti...then bas ni pn brenti...asap kuar dgn byknyer...aku cm nk kuar dr bas 2..takowt terbakar ke..tp x jd bile tgk reaksi driver rilex je...huhu..lega...dipendekkan citer,aku smpai kat umah pkul 8am..spatutnyer aku bleh smpai pkul 4am slalu..tension...

spt biasa kampung tali air 8 sekinchan ni masih menjalankan aktiviti pertanian..tanam padi..
ni gambar palong..sistem pengairan yg diguna kat sawah kat tempat aku...best gak lepak cni..smbil tgk pemandangan bendang yg menenangkan,kaki dok cecah air..best dowh..
tp skrg ni kat kmpung musim menanam padi baru bermula..ade bndang yg baru nk dibajak dan ade pn yg dh ditanam..bleh la tgk gmbar2 kat bwh ni..
nmpak smart lajok...haha


ok,kembali kpd tujuan asal..citer pasal kenduri kakak aku,cikgu nur azilah dgn abg komar...
erm,smpai umah je terus sibuk..khemah yg ditempah sume dh dipasang..khemah tempah je ade 5..x lama smpai umah,org2 qariah kampung aku ni dtg utk hntar barang2 keperluan kenduri,then pasang khemah lagi..tambah lagi 5 khemah utk memasak n khemah lelaki..actually org banjar pnggil khemah ni serubong..bhs biasa bangsal kowt...haha


kalo tgk khemah wrna merah,so mesti tau la temanyer warna ape....sbb dah lama fmily aku x knduri so,cm besar gak la knduri kali nie...tgk abah iaitu en arshad sarman pn excited cket pd knduri kali ni..kalo dulu umah aku ni asik knduri je...iye la ramai kowt abg n kakak...bile dh lame x knduri kawen ni,so semangatnyer laen...tradisi cm bese ialah beli lembu utk knduri kawen nie..


lembu ni ade bonggol cm unta kan..tplembu ni jinak..pendiam cm aku gak la pendiamnyer..haha
then org ckp kalo pakai baju merah,cmfirm lembu 2 akan serang kite..tp aku pakai baju merah ni ok je..mgkin sbb aku pkai bju liverpool ni,die x marah kowt..sbb lembu ni pn fans liverpool..hahatp aku x,Man U sentiasa..haha


ni abg zul,name popular die abg baba..sempat gak bergambar dgn lembu ni sebelum disembelih awal pagi esok..actually kalo tgk lembu ni dekat2,lembu ni mngairkan air mata..huhu..
die tau dh kowt...

ni antara bahan2 utk masak mknn utk knduri ni...


lauk yg disediakan pd kenduri ni ialah nasi minyak,ayam masak kurma,daging masak merah,kerabu silum,dalca,buah tembikai,bubur kacang...erm,agak menyelerakan....

rase cm pnjang plak aku citer ni..ok,ni antara koleksi gmbar2 yg ade...

ni gmbar pelamin..smart rasenyer..ahaha
ni gambar cikgu azian..kakak aku jgk..tgh sibuk arrange mknn beradab utk pengantin n kluarga pengantin lelaki...thumbs up 2 trio kakak2 ku..haha
ni pulak cikgu rafidah...boelh gmbar kat sebelah hadiah je la..iyelakan..hadiah x dpt,sbb cikgu zilah punyer..hahaha
ni antara gmbar ank buah..tahniah sbb ikowt tema..yg kiri 2 abg adik,razin nama die..yg kanan 2 abg amar...razin kecik2 dah pkai spectacle..cm nk ikowt ucualan plak..haha
ok.ni gmbar sidang halim kat kmpung ni...bukan nak citer pasal sidang ni..tp nk citer pasal org yg plaki bju merah kat belakang 2...actually pd hari kejadian x de sape jd dj atau juruacara..PA system ade dah,tp pakcik yg handle PA ni x nk jd DJ..sbb die segan..die ckp sbb rumah die sblh kmpung aku ni je,so ramai la kenal..die pn malu la...actually aku mmg dh lame ckp kat akak aku yg aku nk jd dj time knduri nnt..tp aku men2 ja..alih2,mmg btol aku jd..sbb x de sape yg ckp2..bosan asik dgr lagu ja...ape lagi,aku pn balun je la..best x best blkg kira...
kalo aku yg jd DJ,cmfirm aku pasang lagu nasyid je la...haha..mmg itu pn hasrat aku...kalo pasang lagu2 laen ni mmg la happening,tp melalaikan org..so,baek kite pasang lagu nasyid..best kowt..layan..ape2 pn aku gembira dpt "menggembirakan"tetamu2 yg hadir....hehe
sampai abah ckp"x tau plak alan bleh jd DJ.."upenyer abah aku hari 2 mmg mncari org kmpung utk djadikan DJ...adoy~dlm hati knape abah awal2 lgi x offer aku...cmfirm aku terima..haha

ni la gmabar pengantin...sama padan,sama chantek...moga berkekalan hingga ke akhir hayat,dkurniakan zuriat yg sihat dan paling penting mndpt keberkatan....ameen..

kalo pkai baju putih ni plak kenduri kat umah abg komar plak...

sebelum balik dari umah abg komar ni smpat la bgmbar sama2 dgn fmily..tp ni sebahagian je la..masuk ramai2 sume nnt x muat..haha..mklumla,besar sgt keluarga...hehe

sebelum mengakhiri entry nie..erm,nk ucapkan selamat pengantin baru kepada kak zilah n abg komar...smoga kita sume 1 fmily sntiasa gembira dan bahagia...


buanglah yg keruh ambik yg jernih..
kalo ade salah dan silap,minta diperbetulkan..maklumla kita ni budak baru belajar..bile nasihat dberi dgn hikmah,maka makin mudah kita terima dan amalkan....
insyaallah...
yg paling penting kita kne ingat mgkin pd mase ini seseorg itu ditimpa ujian olehNYA,tp kita perlu tau kita juga pasti akan diberi ujian juga olehNYA..cume kita x tau ujian ape dan bile..
so,sokong mnyokonglah antara satu sama lain..umpama akar yg menyokong teguh sebatang pokok..dtimpa ribut skalipun masih kukuh berdiri...
moga kita sume mndpt keberkatan dari Allah....ameen

*saya alan,ucualan,mohd mazlan==>SANGAT SAYANG KELUARGA SAYA..(",)

Wednesday, March 9, 2011

macam-macam yg berlaku....

assalamualaikum....moga ceria selalu..insyaallah...
macam2 berlaku skrg ni...itulah menarik minat aku utk berkongsi same2 dgn pembaca2 yg sudi bace blog nie...ok,di utm skrg ni heboh bercerita pasal UTM International Johor Horse Show..bile bace je name program ni,cmfirm la terpikir kuda kan..??mcm 2 la...patut la aku tgk kandang kuda utm ni dibina baru..rupenyer sebab majlis ni...

kalo tgk poster ni,byk gak la event yg ade slain kuda2 yg dtg nnt...tp yg menjadi buah mulut warga2 UTM skrg ni adelah kedatangan kumpulan The TImes..so,style kumpulan ni indie band la...so,kalo dulu aku tgk kumpulan popular gak..cume skrg ni kurg...tp actually kumpulan2 cm ni sbnrnyer ade golongan peminat die sndiri..tp skrg byk dh kumpulan yg muncul dgn muzik2 cm nie...kumpulan hujan,bunkface,pesawat dan sebagainya...tp la kan aku x suke sgt tgk kumpulan the times...opps,sory bg yg meminati mereka...bukan ape,gaya diorg pn aku x berkenan...berbalik kpd cerita asal,kalo kumpulan2 cm ni wat psembahan,istilah yg biasa diguna utk konsert diorg adelah "gig"..tp menurut penglihatan aku,kalo gig ni suasana penonton die amat teruk la..offcourse la cmpur laki pompuan,tp yg mnambahkan lagi ketidaksoapan adelah cara penonton yg layan lagu2 kump ni...terkinja2..nauzubillah...so,bile difikirkan rasenyer kdtgn kump ni x mndtgkan kebaikan pn kpd mahasiswa...tp disbbkan prog ni dh dekat cmfirm la perahu yg dh berjalan x boleh diundur kembali...so,go on jela...kat cni nk kongsi inisiatif yg telah dibuat oleh MPM UTM dan pihak Penganjur pd majlis ni...
Salam. saya dan wan frany telah berjumpa dengan PM Dr. Abd Rahman, Pengarah Equin dan En. Azam Samsudin untuk berbincang tentang isu the times, battle band dan rumah hantu. Hasil perbincangan dan resolusi :

1) Battle of the band akan dibatalkan dan diganti dgn unit kebudayaan utm.
2)The times diteruskan kerana mengambil kira perjanjian yang telah dibuat. Tetapi pemisahan antara penonton lelaki dan perempuan akan dibuat. Kawalan agar the time menurut adab etika juga akan dilaksanakan serta akan dikawal oleh RELA dan keselamatan UTM.
3) Rumah hantu telah di set up dan juga tidak dapat dibatalkan. tetapi mendapat persetujuan agar tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan.kami dimaklumkan tiada orang yang bertugas menjadi hantu tetapi hanyalah audio dan visual seram.

jika ada sebarang perkara yang ingin diketengahkan boleh berhubung dgn saya, wan frany atau berjumpa terus dengan en. Azam di pejabat equin selaku koordinator. terima kasih.


tp ni jujur pd aku,kalo dh bnde 2 jahat wat pe nk pertahankan n nk cover bgai..terus buang n gnti dgn yg lbih baik kan itu lebih bagus....macam2...

bile bace usaha mereka ni...alhamdulillah,masih ade usaha utk mengurangkan gejala x elok yg bakal berlaku pd program ni...hrpnyer ape yg mereka buat ni mndtgkan hasil...iyela,tgk konsert duduk atas kerusi,muka ngadap pentas..nk terkinja2 dh x boleh..hahah...tgk konsert ape cm 2?x happening la...cm ni la aku rase ape yg bakal dikatakan oleh mahasiswa2 utm merangkap peminat mereka...nk wat cm ne,biasela bila nk buat bnde baek ni mmg byk halangannya..harap bnde ni sume x mndatangkan kemudhratan kepada warga2 UTM..
en azam,selaku koodinator program ni aku knal sgt...maklumla die selalu jemput kumpulan nasyid kami utk wat persembahan di rumah anak2 yatim dan sebagainyer...peribadinya sangat baik..orgnyer peramah,....suatu ketika lps balik dari rumah anak yatim taun lps,kmi smpai ke pusat Ko-q time mghrib..mmg dh lewat dah...rasenyer dh dekat pkul 8..mase ni la aku tgk en azam terus bergegas turun dari bas..upenyer die p ambik wudhuk dan solat di parking kat pusat ko-Q tu..time 2 aku berfikir,Ya Allah,bagusnya hambaMu itu..rase sebak pn ade sebab mngenangkan diri kita ni yg kdg2 suke lambat2kan solat...huhuhu..so,ksimpulan dari cni,aku x pikir yg mmg en azam rancang sume event yg ade mase fiesta ni...mungkin ade org atasan...ape2 pun aku harap fiesta ni dpt memberi lebih kebaikan kpd warga utm...


ni antara gambar2 semasa wat persembahan dirumag anak2 yatim...bersama dgn en azam...
k,smpai disini je la entry nie..ape2 pun yg baek itu dtg dari Allah,yg kurg baek itu tetap dtg dari Allah cube asbabnya ade lah pd diri saya..
pesanan akhir:: INGAT!!YG BERI KEKENYANGAN ITU BUKAN PADA JUMLAH MKNN YG KITA MAKAN,TP ALLAH YANG MENGURNIAKAN NIKMAT ITU..BERSYUKURLAH...ALHAMDULILLAH...

Tuesday, March 8, 2011

kamu sembunyi di mana??

assalamualaikum...sungguh lama x update blog..byk waktu senggang,tp dipenuhi dgn macam2 aktiviti...risau jugak jika Allah saja membiarkan diri kita ni sibuk dgn perkara2 yg x mndtgkan kebaikan..moga segala yg kita lakukan seharian nie mndpt RedhaNya...

sekarang ni bile pegi ke mana2 dlm UTM ni dan terjumpa shbt2 mesti soalan 1st yg ditanya "ehh lan,assalamualaikum..mane menghilangkan diri??lame x jumpe.."x pun bntuk soalan die cm nie"lan ko sembunyi kat mane selama ni??"hahaha..macam2 persoalan dari diorg..tp jwpn standard aku,aku ade je..cume suka melarikan diri..2 yg jd kurus mcm nie...tp nak buat mcm mane masih lagi dpt dilihat sbb badan ni x de la sebesar semut utk bersembunyi..hahaha...
sebenarnye,iman manusia ni turun dan naik..kadang2 ia menaik dgn mendadak,kadang2 ia menurun sebawah2nya...macam 2 la yang berlaku pd diri aku...kadang2 selalu x join program yg dianjurkan oleh shbt2 sendiri..so,bile dh x join mula la malu2 n segan2 nk jumpe kwn2...lagi2 bile dibandingkan aku ni dgn shbt2 yg lain amat jauh beza dari segi perwatakan,cara berpakaian dan sebagainya...bab berpakaian aku mmg cm nie...dgn rambut kejap pacak2 g kelas,kejap jatuh..mcm2...itulah diri aku..bile tgk sahabat lain..rase segan sgt...itu baru dari segi berpakaian,blom sentuh yg lain lagi...insyaallah...aku harap aku dpt mngubah diri aku mnjadi lebih baik...aku sntiasa berazan dan berniat utk mnjadi lebih baik,sape yg x nak kan...cume terlalu byk halangan yg aku hadapi..lagi2 plak aku ni cepat terpengaruh...huhu...


ni la wajah terbaru rumah aku..selepas berapa tahun mngekekalkan warna merah sbg warna rumah,kini kami sekeluarga bersepakat utk tukar kpd warna kuning...ini sume gara2 kakak aku nurazilah bt arshad atau lbih dikenali sbg cikgu zila akan melangsungkan perkahwinannyer pd 12 march ni...x sabarnyer...byk sebab knape x sabar...tp sebab utama adalah umah en arshad ni dh lama x adekan kenduri kahwin..kalo dulu selang beberapa tahun je mesti ade je kenduri kahwin..maklumla ade 13 org adik beradik..so berderet la..lembu mesti ade beli utk mknn kenduri nnt..harapnye abah dpt jadi tukang sembelih,sbb lepas abah baek dari sakit hari 2 abh dh serahkan tugas ni kpd org lain..tp Alhamdulillah,skrg ni abh dh bertambah sihat..tp sape sembelih pn x kisah sbnrnyer,asalkan selamat utk lembu 2 dsembelih..mase kenduri ni jugak la bestnyer,mesti sume adik beradik balik..dengan anak buah yg berpuluh2 2..huish,bestnyer dpt kumpul same2....so kpd rakan2 yg dekat2 atau pun jauh2 mai la dtg umah 12 march ni...jemput dtg ramai2..kpd member SKG,kalo umah aku dkt dgn johor ni lame dh aku ajak korg..tp nk wat cm ne..umah jauh,tgk korg plak sume sibuk..huhuhu...aku jela yg g sorg2..hahaha
lagi 1 hal bile dh bli tket baru tau yg hari jumaat ade kuiz oc..huhu..mcm mane ni?dh la 5%..besar 2...kalo test x score,kat bnde2 ni la yg bleh tampong....so dgn memberanikan diri jumpe la Dr muhammad sum,Alhamdulillah..die paham dan die bg excuse..tp percent ni dimasukkan dlm test..huhu..takowt jugak 2..oc ni dah la susah...

dulu kosong nnt penuh..hahaha...best2...tema warna merah kowt..aku pn x tau..mklumla la adik bongsu ni duduk paling jauh berbanding adik beradik yg lain...haha..

kembali pasal citer di utm ni,erm...skrg dah nk hbis sem dua..tp baru skrg la aku byk bertegur dgn bdk2 aras aku nie...hahah..sblum ni aku mcm "cuak"dgn diorg..iyela,diorg kan lepasan diploma,rupenyer ok je...sblum ni dgn jiran sebelah aku mmg ok...cume blik aras yg laen..x penah semabng..bile jumpe..senyum je..haha..tp skrg siap sembang2 lg..dan lebih mngejutkan,diorg ni ade yg same tmpat dgn aku...hahah..2 la,lenkali bertegur sape...ni x,wat hal masing....huhuhu..


ni la speaker yg aku gune utk memekakkan suasana....nseb bek bdk aras aku ni ok2..aku dgn jiran bilik aku ni ade shift,bile aku pasang,diorg senyap..then bile aku senyap,diorg pasang...aku pasang lagu english,diorg pasang malay...happening..bile nk dekat time solat..aku pasang nasyid n ngaji...ok ar...tp hari 2 tbe2 aku layan pasang lagu linkin park smbil mengemas bilik...mgkin time ni terlebih sgt smpai diorg msg suruh pelan sket volume...rupenyer diorg ade test..huhu..mintak sory la...aku x tau..nseb bek diorg ok je...hahah..alhmdulillah....


ape2 pun,alhamdulillah..masih bergembira dan bersyukur dgn ape yg Allah kurniakan....moga kita dberi kesempatan utk terus hidup dimuka bumi ini utk mnjlnkan tanggungjwb sbg khalifah Allah...sukar utk kita menjangkakan ape yg berlaku kelak,tp jika kita bersedia dan yakin pd Allah,ape jua badai yg menimpa..tetap kita dapat harungi...
last skali,berkwn lah dgn ramai org,dan jgn bermusuhan..bila dh ade kawan..jgn pulak tikam dari belakang..kalo x nyesal x sudah...pengajaran yg amat berguna....moga hari ni lbih baek dari semalam....insyaallah...


HARUS ADA RASA BERSYUKUR DI SETIAP KALI UJIAN MENJELMA,
ITU JELAS DAN MEMBUKTIKAN ALLAH MENGASIHIMU SETIAP MASA,
DIUJI TAHAP KEIMANAN SEDANGKAN RAMAI TERBIAR DILALAIKAN,
HANYA YANG TERPILIH SAHAJA ANTARA BERJUTA MENDAPAT RAHMATNYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...