Monday, February 13, 2012

Jersi Bola

Ramai peminat2 bola suka untuk memakai jersi pasukan kegemaran masing2. Termasuk la aku. Sama ada pasukan bola sepak dalam negeri mahupun luar negara. Dalam negeri, sudah semestinya aku meminati Selangor. Tapi sampai sekarang aku still tak ade lagi jersi pasukan Selangor. Tapi bagi pasukan bola sepak luar negara, ade dua pasukan yang aku minat, untuk Barclays Premier League (BPL) sudah tentu aku minat Manchester United then untuk La Liga semestinya Real Madrid. Tapi tak lupa jugak yang paling aku sokong sudah semestinya pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya.
Semua jersi untuk pasukan yang aku minat ni(kecuali Selangor) dah ada aku beli.tapi beli bukan ori la. Tapi aku akan beli jugak Jersi Pasukan yang aku tak berapa minat contohnya Liverpool. sebab apa aku beli kerana jersi pasukan Liverpool ni SMART. Dari dulu lagi aku nak beli, tapi disebabkan Jersi Liverpool dulu ade nama Penaja die "Carlsberg", so tak la aku beli kan. mesti semua orang tau Carlsberg ni jenama arak. So, takkan nak beli kowt. Tapi sekarang Penaja Liverpool dah tukar kepada Standard Chartered, so terus je aku beli.haha.
Untuk jersi Man United, dah lame aku beli. Tapi baju ni tak bertahan lama sebab dah belubang kerana ada insiden sedikit di rumah semasa kenduri tahun lepas. masa nak hidupkan api gas,surat khabar yang digunakan untuk menyalakan dapur ade terkena sedikit ke baju aku..pergh..lepas tu berlubang la..dan lepas kejadian tu aku dah tak pakai. tapi sebelum beli ni,aku rase cam tak ok jugak sebab kat jersi tu kan ade Lambang "DEVILS"..tapi sebab minat aku beli jer. dan aku tak kan pakai baju ni kalo nak tunaikan solat..
Tapi masalah sekarang ni aku dah beli jersi pasukan Real Madrid, dan semalam aku baru dapat tau bahawa penaja Pasukan ni "bwin" tu adalah company yang menganjurkan judi secara online..Aduhhhhh...macam mane ni kan, aku tak tau la plak company tu terlibat dengan judi. ni pun kawan aku bagi tau.. Kalau aku tau, lame dah aku tak beli. tapi disebabkan jersi REAL MADRID ni lawa dan aku minat sangat dengan warna Putih,so aku beli la.
Jadi sekarang macam mane yer...??aku baru je beli jersi tu..

ADEKAH AKU PATUT MEMBUANGNYA??????
ADEKAH AKU PATUT SIMPAN JE TANPA PAKAI LANGSUNG??????
ATAU

ADEKAH AKU BUAT SELAMBE DEK JE PAKAI?????
ADEKAH AKU SECARA LANGSUNG BERSUBAHAT YAKNI SECARA LANGSUNG AKU MENYOKONG COMPANY NI????
ARGHHHHHHHHHHHHH....BINGUNG....

Moga aku dijauhkan dari tergolong dalam golongan orang yang sentiasa melakukan DOSA tanpa sedar..
ameen..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...