Tuesday, February 7, 2012

GESS-TEC 11 UAE Part 1

Assalamualaikum...
Dah lama sebenarnya untuk buat entry mengenai GOP team aku nie. Tak tau kenapa susah sangat nak buat, asik tangguh je. Nak buat entry ni sebenarnya kene ada mood yang sesuai. tapi yang penting semangat la. Walau bagaimanapun, even lambat update benda ni, kenangan bersama kawan2 dalam team GOP UAE ni tak pernah padam, tak kan sekali-kali, akan ku kenang sampai bila2 sebab ia adalah pengalaman terindah yang kami lalui bersama. Tanggal 4-13 September 2011, team kami yang dibarisi oleh tenaga2 kerja yang hebat dan tidak pernah berputus asa telah terbang ke United Arab Emirates untuk program Global Outreach Program UTM (GOP UTM). Sesuatu yang sukar untuk dipercayai dan dilaksanakan, terutamanya kata2 dan pandangan orang di sekeliling kami mengenai keboleh mampuan kami untuk pergi ke sana. Namun, dengan azam dan tekad yang membara kami mampu menterjemahkan segala usaha kami dengan berjaya pergi ke sana..pergh..ayat aku ni x leyh blah plak..ok2..strait 2 the point...aku tunjuk dulu la gambar kami...


aku akan memperkenalkan satu persatu ahli team GOP ni. kami terdiri dari 10 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Sebenarnya kalau ikut jumlah sebenar peserta GOP ni ramai, kalo tak silap 23 orang,tp mungkin disebabkan rakan2 yang lain ada masalah peribadi, so mereka tarik diri daripada GOP. Risau jugak time ni sebab tenaga kerja tak ramai, tapi dengan semangat dan ukhuwah yang mantap kami berjaya juga. Kat sini aku perkenalkan hanya pensyarah pengiring kami dan Mariam saja. Ahli yang lain korang boleh rujuk pada blog Mariam.Aku dah bagi link kat bawah: ..

Pensyarah Pengiring = DR. LAU
Ramai yang tanya kenapa kami ajak Dr. Lau untuk jadi pengiring kami. Sebabnya adalah Dr. still bujang, so kami rase mesti senang je die nak pegi. Then Dr. muda lagi, nak dekat je umur dengan kami, so mgkin chemistry antara kami dengan die mesti senang terjalin sebab masih muda..hahaha. Sebelum ni aku tak penah kenal pun Dr. Lau, sebab Dr. tak pernah ajar aku, tapi bila dah kenal lawak jugak Dr. ni kadang2. Takkan lupa situasi time die gelak tak henti2 kat abu dhabi dari dapur sampai terbawa ke bilik dia baru dia senyap.haha..cuma kat sana die nak cepat je, mgkin sebab tak tahan panas.

MARIAM AMRUDDIN (MAR)
Mula kenal gadis Labuan ni time satu group IE time 1st year. mariam seorang yang komited dengan kerja. pandai maen bola keranjang, maklum la atlet KML,kami yang lelaki ni pun tak boleh challenge... untuk GOP ni mariam adalah satu team dengan ayie bagi unit aktiviti kalo tak silap..kerja yang diorang buat sangat terbaik walaupun banyak cabaran.. good job mar.


Alhamdulillah, kami sume berpuas hati dengan jawatan yang diberi oleh bos kami Syazwan Ruslan. Kami bermula dengan zero, tak tau ape2. Kami sedar GOP kami memerlukan budget yang besar, so kami perlu bermula awal untuk cari dana. kalo tak silap kami start cari dana bulan march 2011. Bermula pada saat inilah, kami mengerah seluruh tenaga dan keringat untuk mencari DANA..haha..Walaupun kerja yang kami buat untuk dapat duit ni kadang2 orang perlecehkan sebab tak berbaloi dan sebagainya, namun ade perkara penting yang terselit dalam kerja2 nie..Semua tu akan aku rangkumkan pada last entry nie..

Kerja pertama sekali yang kami buat ialah mengutip poster2 calon PRU kampus.memang terbaek time ni. Lepas je habis PRU kampus, malam tu kami ligat pusing satu UTM kutip sume poster2 yang ditampal. Memang time 2 pesaingan amat sengit, sebab ade gak group laen yang same kutip gak. penat memang penat tapi gembira wat keje ni sume. sume sanggup bersengkang mata wat keje ni, pukul 2-3 pagi baru siap. Alhmdulillah, even tak dapat banyak mana tapi kami bersyukur sebab sedikit sebanyak menampung kos pembelian tiket kami ke sana..Start malam tu, keluar satu QUOTE bagi team kami untuk cari dana.
"KAMI BUKAN GILA, TAPI SEMUA YANG KAMI NAMPAK ADALAH DUIT"

Nampak seriuskan perbincangan kami disamping ade gak ahli group yg memerhati dari jauh(x tau sape tudung putih baju hijau ni) dan mariam yang dah menguap..haha..ni tyme kami berniaga di Tapak KoQ UTM, sempena program yang SPE anjurkan. Kami agak kecewa sebab penganjur cakap ramai peserta dan publisiti meluas, tapi sebaliknya. tu tengah sibuk bincang la strategi cam ne nak jual makanan2 nie.huhu..Akhirnya atas kesepakatan kami putuskan untuk menjual makanan ni dari blok ke blok dalam UTM. Pergh memang pengalaman berharga la tyme ni. Baru kita rase cam ne susahnya orang yang berniaga datang kat blok2 nie...sambil jalan cakap "Hot Dog, Nuget, Samosa".bukan budak laki je yang buat, ahli pompuan pun terlibat sama..haha..Mula2 memang rase malu,buat muka tebal,tapi sebab mission adelah untuk habiskan hasil jualan, kami buat seikhlas hati. Tapi bile tibe2 jualan laris, timbul rase excited untuk jual.Tyme ni memang syok la..semangat membara giler..macam bese tengah malam baru settle wat keje nie..tapi kalo tak laris sedih.huhu..rasenyer kami berniaga lebih kurang 3 hari kowt,dari pagi sampai malam..so,bayangkan la..haha
gambar bos wat menu jualan baru hotdog goreng bersalut roti..Terbaik....

Ni kerja kami seterusnya, jaga dan cuci tandas Beb..bagi aku, aku tak pernah langsung terfikir buat keje ni..haha...tapi sekarang bile lepas dah berjaya pegi UAE, ungkapan terbaik adalah "pergh,orang yang cuci tandas pun  boleh pergi UAE!!!"amacam ade bran??kerja ni kami sambar time pesta konvo besar. sebab ape yang kami nampak semua duit kan..hehe.. pagi pegi kelas, petang dengan malam jaga and cuci tandas.memang mencabar la.bukan pe, sehari kami gilir2 jaga,ade 3 shift. kalo hari minggu, Shift pagi, petang and malam. kalo weekday, shift petang dengan malam. Cube bayangkan, kami wat kerja ni seminggu kowt. Melatih sifat sabar dalam diri pun ade. Agak penat la wat kerja ni. Penatnya sebab banyak sangat duduk tercongok kat tepi tandas tu. Even dah ade cleaner tapi kami tetap cuci sejam sekali. Kadang2 kalo ramai sangat pengguna, dalam sejam 2 3 kali..pergh...memang terbaek la...

Then, kami juga buat kerja menjual kotak untuk budak2 UTM ni. untuk task ni, unit entrepreneurship ketuai. baki ahli laen adalah unit sponsorship. Unit entrepreneurship dianggotai oleh am,zaki,mamu,jack,ihsan and izaidi, selebihnya unit sponsorship. kami ambik peluang jual kotak time akhir sem, iyela mesti ramai yang nak beli kotakkan, pack2 barang. memang ramai yang tempah kotak, kami excited giler la dengan tempahan yang ade. Tapi kami hadapi satu masalah, camne nak wat delivery nie.takkan nak pinjam kereta kimah je kan. so, nak tak nak terpakse la guna moto. Alahai,sian nyer la, menjunjung kotak pergi ke kolej2 menggunakan moto,pilu hati bile mengenangkan situasi tu. Bukan pe,dah la kotak 2 berat, naik moto lagi, rintangan angin..ish2, bahaya2..tapi dikenangkan ade mission untuk pergi UAE,kami gigihkan jua.haha..ape2 pun jual kotak memang best.alhamdulillah, sume kotak berjaya dihantar kepada pelanggan. Yang excitednya bile pelanggan 2 pompuan...memang laju ar kami nak hantar..hehe

Kerja last kami untuk cari dana adalah Kutip Barang Recycle. Kerja ni kami buat lepas habis exam final. comfirm ar tyme ni student2 banyak nak buang barang, especially kertas. kami pergi ke setiap blok2 dalam UTM ni utk cari barang recycle. pagi petang siang malam wat kerja ni. ape yang kami nampak sume kami kutip.kerja ni sememangnya memenatkan dan memerlukan tenaga yang tinggi. 3 4 hari gak la kami nak kutip bnde2 recycle ni. sume tempat kami selongkar. Nampak je botol  ke kertas ke, even dalam tong sampah sekalipun kami rembat..haha..kat sini aku boleh tunjuk cket koleksi gmbar2 yang ada. tempat penyimpanan adalah bilik aku...huhu..pergh memang terbaek la tyme 2 bilik aku diorang kerjakan..haha.. macam tong sampah pun ade bilik aku..bangon tido je tengok sampah depan mata..sadis betol time tu..huhu
Proses pengasingan barang2 recycle mengikut jenis barang dan gred. Semua fokus kecuali cik zana.Terbaik la korang..


time bergambar..masing2 penat asingkan 
barang...tak tau nak asing mane dah...haha


Proses penimbangan barang recycle

Muka gembira, puas, penat tergambar di riak wajah ahli2 team GOP ni. Segala penat lelah membanting tulang selama beberapa hari mencari barang recycle berakhir..haha

Jadi macam mana??Ade berani untuk buat kerja2 ni sume,kalo kami mampu anda pun mampu cume perlu ade kesungguhan dalam melakukan kerja sahaja. Walaupun pada mulanya kerja2 kami ni dipandang rendah oleh sebahagian orang disekeliling kami, namun itu bukan penghalang yang boleh mematahkan semangat kami untuk mencari dana GOP ini. ~BIARLAH APE ORANG NAK KATA~ .

 Ok, ape yang aku nak rangkumkan untuk entry kali ini ialah HIKMAH-HIKMAH yang kami perolehi bile buat kerja2 ni. secara jujurnya memang kami akui pendapatan yang kami perolehi tidak begitu banyak namun ianya banyak memberi kesan dan hikmah kepada kami..Alhamdulillah..Hikmah2 tersebut ialah :

1) Dengan buat kerja ini, kami dapat lihat KOMITMEN dan kerjasama ahli2 GOP ni. Kerja yang kami buat ini bukan mudah. so, kalo bende cam ni pun susah untuk bagi komitmen, macam mana dengan gerak kerja yang lain terutamanya bile sudah berada di UAE, adakah kita masing2 ikhlas untuk buat kerja2 GOP ni kalau terpakse memang x syok la..mungkin sebab komitmen, ada antara kami yang menarik diri, tapi kami sebenarnya harap rakan2 ni stay,tapi nak buat cam ne,mgkin diorg ade masalah peribadi.

2) Kami pelajari erti semangat TOLONG-MENOLONG. "Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing". Even kerja tu bukan kita punya,tapi sebab ade semangat ni, kita cube untuk membantu antara satu sama lain..respect sangat team GOP ni.

3) Korang rasa PUAS bile hasil titik peluh korang selama ni memang berbaloi baloi sampai boleh pergi ke luar negara. Macam kami, memang kami berasa sangat puas semasa berada di UAE.

4) Korang dapat MENYELAMI KEHIDUPAN &PERASAAN bagaimana seseorang itu berusaha untuk mencari rezeki.perghhh,,Hikmah ini memang terbaik..kami sentiasa membayangkan bagaimana jika kami berada dalam kehidupan orang itu, menjadi cleaner, cuci tandas, kutip sampah, jual makanan dan sebagainya. Bersyukur bila kita dikurniakan kehidupan yang  baik ini. So, kita kene pikir, kalo kita kata kita susah,ade orang yang lebih susah dari kita dan jangan memandang hina orang yang rendah taraf keduduakan mereka.

5) Hikmah ke-5 ni amat besar bagi kami. UKHUWAH.. ye,ukhuwah kami amat mantap bile kami buat kerja2 ni sume.segala kesusahan dan kesenangan kami lalui bersama. ade masalah kami kongsi. Alhamdulillah sampai sekarang, ukhuwah kami masih berkekalan..amin..gerak kerja menjadi senang dan mudah bile mempunyai UKHUWAH yang mantap. Ingat, kita tidak akan berjaya jika kita bergerak seorang diri. Kami percaya bahawa jika ukhuwah tidak baik mungkin kami sukar untuk menjalankan GOP ini..

Ok,itu sahaja untuk entry kali ini..tunggu untuk PART2 GOP yang seterusnya.....lebig banyak perkara yang akan dikongsi...Suka, duka, gembira dan risau..semua ade..NANTIKAN>>>>>>!!!!!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...