Sunday, February 12, 2012

Family Terchenta..

Assalamulaikum...
ape khabar....cuti yang tak berapa panjang ni aku manfaatkan untuk cuba sentiasa update blog. Dua minggu lepas kami 1 family makan besar siket sebab sambut bufday 5 orang serentak. Bermula dengan bufday adik Naufal yang baru lahir bulan November hari tu, bufday abah bulan Disember, pastu bufday kak nomah and kak liha bulan Januari, lastly bufday kak nonoi pada bulan Februari ni. Combine all together because bukan senang nak gathering selalu.So baek buat sekaligus je. Juadah yang disediakan ialah bubur kegemaran aku bubur kacang+durian..haha..lama giler dah nak makan..akhirnya dapat juga..penat juga nk cari durian, dah 3 hari cari baru la jumpa.sebab  pegi kuala selangor, tak semena-mena nampak orang jual durian,ape lagi beli la.

Kucing Tido

Menu laen ialah pizza. 1st time sambut bufday makan pizza sebab kak zilah teringin sangat nak makan pizza, so kami adik2 kak zilah ni pegi la beli..bile dah beli besar sangat, tak larat la pulak nak habiskan sebab banyak sangat..hahaha
tak lengkap la kalo sambut bufday tak da kek..sebab family aku ni memang sama citarasanya iaitu suka kek cokelat, so kek Chocolate Indulgence from Secret Recipe jadi pilihan kami.memang terbaik la kek tu. sedap sehingga menjilat jari.haha
                           Tapi kat cni terlupa nak letak nama adik naufal sekali..hehe..marah mak die...
Tapi sebelum makan ni sume, macam biasa abah bace doa selamat..semoga selamat semuanya...

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada kakak2 ku.. Kak Nomah ulangtahun yang ke 27, Kak Liha ulangtahun yang ke 26 and Kak Nomah ulang tahun yang ke 25. Semoga kakak ku sume ni sentiasa dipanjangkan usia dan dimurahkan rezki,sentiasa diberi kesihatan yang baik dan senantiasa mendapat Redha Allah. Tak lupa jugak semoga cepat bertemu jodoh dan dipertemukan dengan pasangan yang mampu menjaga dan membimbing kakak2 ku dengan baik..amin..
abah belah kek



Diucapkan juga kepada abah dan mamak supaya sentiasa diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan keberkatan dari Allah SWT.Semoga umur yang masih aku ada ni dapat digunakan untuk berbakti dan membalas jasa kedua ibubapaku.Tiada apa yang menggembirakan selain melihat abah dan mamak sihat bahagia sentiasa. Tahun ni umur abah dah 74, mamak pulak 62 tahun.




Alhamdulillah, Kak zilah pun dah dapat baby boy..adik Naufal Rizqie namanya.makin hari makin tembam.memang kene cubit je la pipi adik naufal ni oleh pakcik and makcik die. Semoga Kak zilah, abg komar(suami) n adik Naufal sentiasa bahagia dan diberi kesihatan yang baik.Lepas ni kak zilah sekeluarga dah nak pindah USJ sebab kak zilah dapat tukar ngajar ke sekolah agama bestari. Jadi,tinggal kak liha je yang dapat temankan abah n mamak.huhuhu..
Sebelum habiskan entry ni, aku akan tunjukkan gambar mase kami kecik2..huhu..tak sangka cepat betul masa berlalu..dah besar2 dah sekarang nie..huhu

Atas Dari kiri: Kak Yan, Kak liza,aku(comelkan),hamidah(mamak),arshad(abah)
Bawah Dari Kiri: Kak nomah, Kak Jilah, Kak Nonoi, Kak liha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...