Thursday, December 29, 2011

Anak Kucing ke Kucing Tido??

Assalamualaikum.... PEACE NO WAR..trademark syazwan..empunya blog Ceritera Marker Putih.. pesal title entry kali nie pasal kucing??haha...sume ni angkara makan durian...ape kaitan durian dengan kucing pulakkan?? pergh...lame btol dh tak makan durian..ntah mcm mana bleh makan durian ni..sebab orang belanja kan...terima kasih kepada yang belanja...syazwan ruslan kalau tak silap..hehe...
nak di dijadikan story, pegi kipmart beli barang2 untuk buat BBQ GOP UAE...sekarang ni plak musim durian..so,area buah penuh la dengan buah durian..terasa nak plak makan..bukan aku la,tp yang len..harga plak berpatutan..pe lagi beli la kan...bile dh beli masalah nak cri tempat nak mkn buah 2...alih2 makan kat taman berdekatan jusco..
beli 3 biji je pun, tu pun x mampu nak habiskan...durian ni bahaya gak..makan banyak2 bleh buat badan panas..lagi 1 aku memang takowt nak makan durian banyak2..boleh buat sakit tekak...pergh..perit giler kalo sakit tekak sebab durian...
tapi sayang sorg member zakri langsung tak makan durian ni..memang die allergic giler2...cium bau durian pun x boleh.. mmg btol2 anti lah dengan durian ni...
ni baru nak cite mcm mana timbulnya istilah anak kucing...seriusly, aku tak tau pun istilah anak kucing ni ade pada buah durian.. istilah ni dicetuskan oleh amalina nurhidayah..tak ade plak terfikir istilah2 ni,yang aku tau makan je... ok,kalo korang perasan time makan durian,kalo kite buka "pangsa" durian 2 ade part yang dalam 2 hanya ade seulas je buah durian..bnde 2 la yang dipanggil oleh amalina nurhidayah ni "anak kucing"...sebab comel mcm anak kucing kowt...hahaha.. tapi kekeliruan istilah telah muncul setelah perkara ini dirujuk kepada saudara zul azri pakar bahasa..haha... istilah yang betul adalah kucing tido....erm,so sekarang mane yang betol?? kalo aku sume ulas yang ade kat dalam durian 2 aku panggil DURIAN...x de istilah kucing2 nie..haha...
 ~ADE KAMI KESAH,ANAK KUCING KE KUCING TIDO KE..YANG PENTING KAMI KENYANG...ALHAMDULILLAH...~

Wednesday, December 28, 2011

Batu Kerikil, Pasir dan Air

Assalamualaikum...kali ni nak berkongsi citer tntg sumthin yg bleh buat korg pikir utk diaplikasikan dlm life korang...untuk buat sesuatu benda,perlu ade perancangan..jangan men redah je...nanti ape yg kita rancang tak menjadi..kan dah kecewa,masalah bagai....kisahnyer begini..
sorang student yang pakar dalam bab2 mengurus ni sedang bercakap dengan ahli2 group die dlm satu organisasi.kat depan die ada satu jag berbentuk silinder yang sederhana besar.
then, student 2 masukkan beberapa biji batu sebesar penumbuk(besar penumbuk aku) dalam jag tu satu persatu sampai tak muat lagi. then die bertanya kpd teammate die " korg rase jag ni dah penuh?? "Ya!jawab salah sorang di kalangan mereka. yang laen angguk2 setuju.."betul ke??"student yg pakar tu pun ambil dari dalam beg bagasi die(siap bwk bagasi dlm meeting,semata2 nk bg motivasi kat teammate..haha) sebuah kotak berisi anak2 batu kerikil.
then die pun memasukkan anak2 batu tu dalm jag tadi.so,anak2 batu 2 memenuhi ruang antara batu2 besar yang dah dimasukkan sebelum ni. die susun hingga x dapat nak masukkan lagi. member len "ushar" pelik ape kejadah mamat ni buat.. "so,sekarang jag ni dah penuh belum?"tanya student pakar tu."maybe tak.."jwb salah sorang dari diorang.yang len plak ade yang mengangguk,ade juga yang menggeleng. "hmmm...Boleh tahan!" balas student pakar tu.then die pun keluarkan satu peket plastik berisi pasir halus dan menuangkan ke dalam jag tadi sehingg padat.
pastu, dia tanya lagi, "sudah penuh?" "belum lagi" jawab teammate diorg serentak. nampak macam confident je. "Bagus!" dia pun kemudiannya menuangkan air ke dalam jag tadi sampai penuh dan padat. "Baik. korang semua dah tengok apa yang aku buat tadi. so, apakah pengajaran yang korang sume dapat daripada bende ni?"tanya student pakar tu slps selesai menuangkan air dalam jag. "aku rasa, teladan daripada peristiwa tadi adalah, sebanyak mana tugasan yang perlu dilakukan sekiranya kita berusaha sedaya upaya, kita akan dapat lakuakan banyak perkara lain".seorang ahli group tu berikan pendapat. "sory bro,bukan itu yang aku nak sampaikan." student pakar tadi memberikan respon. "teladannya adalah surely korang tak akan dapat memuatkan batu, kerikil dan pasir sekiranaya korang memasukkan air terlebih dahulu. letakkan bende yang "BESAR" dulu, kemudian barulah muatkan bende yang kecil. Rancang lah kerje saudara" So,korang paham tak ape yang aku nak sampaikan??
GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL
..so, ape yang kita buat sekalipun,rancang lah elok2 yer..supaya tak susah dikemudian hari..kita akui,
kita merancang, Allah juga merancang,tapi sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah S.W.T
..tapi cube lah merancang yer..selebihnya kita berserah pada Allah... ni video nasyid dari kumpulan nice..aku suka dengar nasyid ni untuk kuatkan semangat aku dan muhasabah diri balik kalo ade masalh yang menimpa aku...percayalah setiap masalah yang menimpa kita ni sume ade hikmahnya..Allah lebih mengetahui....
saje letak gambar ni sebab NICE sangat...gambar kelas aku tahun 3-SKG..kimia gas....silaturrahim perlu dijaga...ingatan untuk diri ini..huhu

Tuesday, December 27, 2011

Tutti Frutti....

pergh....1st time aku makan bende alah yang sedap nie...alhamdulillah...
nie sume angkara idea akram hakim...hahaha...sory salahkan hang am...
ntah cam ne lepak2 kat bilik,tbe mantan gess society ni cadang makan tutti frutti...
semangat gler sampai terus search kat internet kat mana lokasi mende ni kat jb..
rupenyer tak jauh mane pun..berjaya menjumpai lokasi di sutera utama,dekat dengan sutera mall..pe lagi, tanpa berlengah terus pergi ke tempat yg dituju...even dah tau tmpat kat ne,tp still gak gune GPS....maklumlah member2 aku ni sume anset mahal2...


aku,zack,arep and hafizi....


haha..ni la mangsa2 yang terpengaruh dengan mastermind...hahaha..

muke wat gembira wlaupun byr dgr harga yang "MAHAL"....hahaha...


ni la akram@am,mastermind yg berjaya mempengaruhi kami..aduh...
sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna...


ni la pilihan santapan kami...pergh..sedap giler..memang berbaloi... mesti kene habiskan.. bak kata am " timbang tutti frutti lagi GERUN dari timbang berat badan" so,phm2 la brape harga bnde ni..mesti korg pun tau...so kne la habiskan sampai ke titisan yang terakhir......kalo tak rugi ar....makan pun pelan2..kene layan kesedapan bnde alah ni...
tapi aku ase mkn bnde ni bleh setahun skali je..mane taknyer...mahal,,,huhuhu...
berikut adalah harga yg paling mahal..haha

1st place:AREP SAMAD
2nd place:ZACK
3rd place:MAZLAN
4th place:FIZI
5th place:AKRAM


ape2 pun thanks kat hafizi ithnin sebab sudi membawa kami ke destinasi..kalo tak,x denyer la nak pegi...
so,pada korg2 sume,jom ar rase tutti frutti...pelbagai pilihan..tp pastikan duet dalam dompet kne ade..paling koman atas RM10...kalo x...sory bro...ehhhe..

ALHAMDULILLAH....

Monday, December 26, 2011

Solat itu Tiang Agama..

sayangnyer la bile kita dah bertahun2 solat tapi x tau maksud bacaan dalam solat tu...
so,same2 la kita berusaha utk khusyuk dalam solat dengan memahami maksud2 bacaan solat...
moga kita sentiasa inginkan perubahan yg lebih baik dari hari ke hari..insyaallah...


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

lagi satu hal, sblom solat silent la phone,lagi baek off phone...so, tak de la tergnggu..lagi2 kalo solat berjemaah...pergh,ckp pasal solat berjemaah ni,kadang2 susah betol nk istiqamah...moga terus diberi panduan oleh Allah...
insyaallah....

Bila Lelaki Bujang Mula Memasak...

Dah lama x buat entry baru...x diberi kesempatan waktu utk menzahirkan segala kehidupan dunia yg dah dilalui sebelum nie...
ape pendapat korang dengan lelaki yang pandai memasak??
bagi aku ia adalah satu kelebihan kalau lelaki tu pandai masak...
so,bleh la survive kalau tibe2 terperangkap dalam situasi dimana tak ada siapa yg dapat masakkan makanan utk kita. Terutamanya bile dah kahwin nanti..kesian kat isteri,asik kene masakkan utk kita jer..then kita goyang kaki,x tolong masak sekali..
kan sweet kalo dapat masak sekali dengan isteri..haha..
so, untuk menghadapi situasi tu nanti,so aku dengan kawan2 aku ni cube menajamkan skill utk masak ape jenis mkanan sekalipun...pelbagai makanan dh kitorg masak, tp x dapat nak tunjuk gmbar pun sbb x penah sempat utk ambik gambar mase masak..maklumlah,fokus..
video ni aku rase amat dekat dengan kami..masak same2,makan sama2..tp setakat ni x de suap2 lagi la...kami suap cume tyme sambut bufday jer..haha..kebetulan plak name plakon dlm video ni same dengan nama aku..haha...harap sgt kmi x gadoh2 cm dalam ni..haha


dulu ahli kami ade 7 orang sume..mereka adelah...
arif zaki(rumate aku)
orang perak..
ciri2: pendiam

syed@jack
orang ganu..
ciri2: ramai peminat

zul azri@BP
orang jenalik perak..
ciri2:google stylo

ihsan
orang ganu
ciri2:genius

fizi
orang KL
ciri2:raja lawak
arif samad
orang nogori 9
ciri2:x suke membongak...

ni aku la..
alan..org selangor...

Ape2 pun skrg ni ahli kami dah tinggal 3 org termasuk aku..lagi dua BP n Fizi..
yang laen x dpt nk teruskan perjuangan kerana ade mslh yg x dpt dielakkan...huhu...
bagi aku bile pandai masak, ianya satu kelebihan...nnt kalo ditakdirkan jodoh kahwin dgn isteri yg x pandai masak, x de hal la sebab kami lelaki2 ni boleh tolong ajar masak..haha...
sweett..
kesimpulan yg pnting sebenaryer yang aku nak tekankan ialah silaturrahim..
bile kami masak sekali sama2 ni ukhuwah kami semakin mantap..moga terus kekal..InsyaAllah...
buat akhirnya,ni je gmbar yg bukti kami masak..hehe
Ayam masak Gulai Tempoyak, Kangkung Belacan and Telur dadar
Chef:zack n fizi..
tyme ni aku x tlg sbb ade kelas..aku shift len..haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...