Saturday, March 3, 2012

Jom Amalkan Solat Sunat Dhuha


Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Induction Cooker

Ape ke hey nyer induction cooker kene rampas oleh pengetua kesayanganku ni....
tak de bende laen lagi ke nak rampas...aku nak tuntut balik pun dah malas..cam nak beli yang lain jer...bukan aku ni kaya, tapi tak sanggup nak tengok muka pengetua tu...memang tak nak pandang ar.....tau tau kenapa ku benci sangat..walaupun aku tau tak baik benci kat orang,tapi itulah hakikatnya...benci, bengang...
Walaupun duduk di U yang ade kuasa autonomi ni, tapi aku rase seperti aku berada di alam persekolahan bile berada di KOLEJ TUN Dr. ISMAIL ni.....sume bende tak kene...adoy...Bile mau PINDAH ma??
bile tak de induction cooker ni,memang tak boleh jimat la...adoy~..POKAI2....
Sabar je la lan...dah cara die memang macam budak2..nak wat cam ner~

Bila JPA tak masuk lagi....

alhamdulillah...masih bernafas di muka bumi Allah yang maha luas ni...Terus kepada tujuan utama nak tulis entry ni..aku bersyukur kerana aku mendapat Tajaan JPA bagi meneruskan pembelajaran di UTM ni..Namun setiap kali masuk sem, mesti perkara yang sama berlaku. Biasiswa lambat masuk...ape celop??Kalo banyak duit x pe, ni nk makan pun susah..nak beli buku lagi...aku ni buat gaya macam banyak duit,tapi dah kering..haha...tu la masalah yang kami hadapi pasal JPA nie..kalo masuk duit tu lambat siket tak pe la,tapi ni lambat banyak..adoyai...bende ni sume melatih diri supaya bersabar....
So, sape yang tajaan JPA ni,tiada ungkapan terindah yang mampu aku ucapkan selain BERSABAR....hahaha...
aku sabar menunggu mu wahai JPA.....

Wednesday, February 29, 2012

Pening Kepala atau Migrain



Pening kepala atau migraine adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya. Mungkin ramai diantara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu study. Sehingga kini, migraine tidak mempunyai ubat. Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer je,untuk mengurangkansakit,bukannya menyembuhkan. Memang menyakitkan la bile tiba2 kepala berdenyut2 kesakitan. Membuatkan kita hilang fokus, terduduk atau terbaring menahan sakit yang amat sangat Nak buat ape pun tak boleh. Sebenarnya, gejala ni dah lama aku alami, sejak sekolah rendah lagi. Sampai satu tahap, time aku darjah 6 sekolah petang(agama) hampir 40 hari aku tak datang sekolah sebab pening kepala ni. Ustaz and ustazah dah paham dan tahu yang aku ada masalah pening kepala ni. So, tak de la kene gantung sekolah sebab ponteng..haha
Paling teruk yang aku ingat aku sakit time kat matrik. Time ni final exam semester 1, lepas paper fizik. Pergh,memang aku pening sangat2 time ni sampai aku HANTUK2 KAN kepala aku kat katil. kat matrik guna katil kayu. Time 2 Allah SWT je tau macam mana sakitnyer kepala aku. Aku tak tahu la yang aku ni migraine ke entah. Tapi untuk pengetahuan korang semua, kalo aku menghadapi pening kepala ni, jarang rasa sakitnya satu kepala, tapi yang aku selalu lalui pening hanya sebahagian sama ada kiri atau kanan kepala ataupun sebahagian kecil jer(suku kepala). erm, risau gak aku,ape la gejala sakit yang aku hadapi nie.


Rawatan terhadap penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada jenisnya. Ada kalanya,migraine boleh disembuhkan dengan muntah, makan, rehat atau mengikat kepala.Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine.


Sebab dah lama aku "menceburi" bidang PENING KEPALA or MIGRAIN ni, so dah banyak cara aku gunakan untuk atasi masalah pening kepala nie. Kalo time kecik2 sekolah rendah dulu, mak aku yang selalu urut kepala aku. Memang terbaik la...Iye lah, mesti la mak concern kalo anak die sakit kan. Kalo aku perasan mak aku ade guna minyak sahang untuk urut kepala aku ni..sahang sama maksud biji lada hitam or putih. So,kepala akan rase panas la..memang sedap time nie. Tapi kalo kepala aku sangat pening, sampai guna minyak sahang pun tak berkesan, mak aku akan ikat kepala aku dengan tudung kepala kuat2..huhuhu..
Bab ikat kepala ni pun ada di ceritakan dalam kisah Rasulullah..


Abu Nu aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi : Migrain/pening kepala pernah
dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain  
Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya , Baginda berkata : aduh
kepalaku .Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.
Tapi yang paling mujarab setakat ni aku rase nak rawat pening kepala ni adalah dengan muntah. Korang muntah la semua yang ade dalam perut korang ni sampai habis, then korang baring rehat. Insyaallah, baik.
Tapi kalo korang pening dalam keadaan perut korang kosong, korang jangan makan plak time 2 sebab nanti rugi la kerana korang akan muntah ape yang korang makan tu..hehe..membazir kan...

So, kalo perut korang kosong korang cuba je muntah. Tapi jangan paksa plak sampai jolok2 jari dalam mulut...Salah tu...haha..kalo ikowt pengalaman aku, korang kene muntah sampai la keluar cecair warna kuning kehijauan. Kuantiti tak la banyak cecair 2. Tapi, Insyaallah, kalo korang dah muntahkan cecair ni, maka legalah pening kepala korang. Tapi time muntah ni memang seksa la, sampai mengalir air mata. huhu..
Dan kalau boleh elakkan dari sering makan ubat. Kalo pening je makan ubat,asik2 makan ubat. Bahaya gak kan kalo ubat tu ade bagi masalah pada badan kita pada jangka masa panjang kelak. Macam aku sekarang gak la,kalo pening je comfirm aku makan ubat, sampai ubat
Panadol dah tak de effect kalo aku makan sekarang nie. 
Sekarang pun aku makan ubat Uphamol 650 kalo aku pening, then kadang kala tak berkesan gak..risau kan..

Ape2 pun aku harap sakit yang dah lama aku rasakan ni adalah kifarah kepada dosa2 aku yang berlambak ni. Moga Allah mengampunkan segala dosa aku.amin..

So, INGATLAH 5 PERKARA, SEBELUM TIBA 5 PERKARA. Antaranya adalah:
SIHAT SEBELUM SAKIT


Thursday, February 16, 2012

Sape nak Sihat...

Cahaya Mampu Ganggu Tidur

Korang penah ke tido dalam keadaan lampu terbuka??kalo penah tinggalkan la tabiat tu sebab tak baik untuk kesihatan seharian. Cahaya di bilik tidur korang ni mampu menjadi pencetus kepada gejala insomnia. Kajian yang dilakukan di Australia mendapati cahaya tidak kira terang atau samar walaupun dari telefon bimbit, PDA, atau jam loceng korang mampu menghantar getaran cahaya yang mengganggu proses tido korang. tu la sebab korang still lagi letih atau mengantuk even korang dah tido cukup selama lapan jam. So, bagi mendapat tido yang lena dan berkualiti, padamkan la semua lampu di sisi korang. Kalo aku memang tak nyenyak tido kalo ade cahaya lampu.


Bagi yang duduk hostel kat mana2 tempat pengajian dan ade roommate then roommate tu plak suka tido bukak lampu, pandai2 la korang nak bertoleransi dengan rommate korang tu. Jangan gadoh2 sudah..haha..
ape2 pun bende yang kongsi untuk entry kali ni aku bace dekat majalah kesihatan..
~JOM JAGA KESIHATAN~

Wednesday, February 15, 2012

Perut Boroi...

Yang pasti ni bukan gambar aku..Kenapa ramai lelaki yang mengalami masalah ni bile umur semakin bertambah atau lbih tepat lagi selepas berkahwin je mesti perut jadi BOROI..risau jugak kan bile nmpak cam tu sebab dah tak smart..haha..Tapi ade juga lelaki yang selesa dengan keadaan ni..AWAS!!! 

Lemak di perut ni sebenarnya terbukti ade hubung kait dengan masalah kardiovaskular. senang cakap, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah lebih tinggi bagi lelaki BOROI berbanding dengan lelaki yang RAMPING...haha Then perut BOROI ni jugak adalah syarat utama bagi masalah sindrom metabolik yang turut berkait rapat dengan penyakit JANTUNG, KENCING MANIS dan sebagainya...

So,ibarat dapat extra la..extra kesihatan tak pe kowt..ini makin sakit mesti tak nak kan.. Sebenarnye tak ada jalan mudah untuk atasi perut BOROI ni kecuali bekerja kuat dalam menjalani kehidupan aktif, beriadah dan menjaga pemakanan agar seimbang. Ini tidak, asik dok umah or bilik jer, tak penah nak bersukan. Minat dengan sukan,tapi tak penah nak bersukan..Macam mana nak bagi perut RAMPING kalo cam ni..Betul tak??
"Menghilangkan Lemak di Perut amat Sukar tanpa MOTIVASI yang Tinggi"
So,bagi yang belum BOROI atau yang dah hampir2 macam aku ni, pastikan kita jaga kesihatan fizikal sebelum mendapat masalah ni.Jangan tangguh2..hahaha..


Jadi Kepada Semua Kaum Adam,


SEMOGA KITA DAPAT MEMOTIVASIKAN DIRI DALAM MENGATASI MASALAH INI

Monday, February 13, 2012

Jersi Bola

Ramai peminat2 bola suka untuk memakai jersi pasukan kegemaran masing2. Termasuk la aku. Sama ada pasukan bola sepak dalam negeri mahupun luar negara. Dalam negeri, sudah semestinya aku meminati Selangor. Tapi sampai sekarang aku still tak ade lagi jersi pasukan Selangor. Tapi bagi pasukan bola sepak luar negara, ade dua pasukan yang aku minat, untuk Barclays Premier League (BPL) sudah tentu aku minat Manchester United then untuk La Liga semestinya Real Madrid. Tapi tak lupa jugak yang paling aku sokong sudah semestinya pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya.
Semua jersi untuk pasukan yang aku minat ni(kecuali Selangor) dah ada aku beli.tapi beli bukan ori la. Tapi aku akan beli jugak Jersi Pasukan yang aku tak berapa minat contohnya Liverpool. sebab apa aku beli kerana jersi pasukan Liverpool ni SMART. Dari dulu lagi aku nak beli, tapi disebabkan Jersi Liverpool dulu ade nama Penaja die "Carlsberg", so tak la aku beli kan. mesti semua orang tau Carlsberg ni jenama arak. So, takkan nak beli kowt. Tapi sekarang Penaja Liverpool dah tukar kepada Standard Chartered, so terus je aku beli.haha.
Untuk jersi Man United, dah lame aku beli. Tapi baju ni tak bertahan lama sebab dah belubang kerana ada insiden sedikit di rumah semasa kenduri tahun lepas. masa nak hidupkan api gas,surat khabar yang digunakan untuk menyalakan dapur ade terkena sedikit ke baju aku..pergh..lepas tu berlubang la..dan lepas kejadian tu aku dah tak pakai. tapi sebelum beli ni,aku rase cam tak ok jugak sebab kat jersi tu kan ade Lambang "DEVILS"..tapi sebab minat aku beli jer. dan aku tak kan pakai baju ni kalo nak tunaikan solat..
Tapi masalah sekarang ni aku dah beli jersi pasukan Real Madrid, dan semalam aku baru dapat tau bahawa penaja Pasukan ni "bwin" tu adalah company yang menganjurkan judi secara online..Aduhhhhh...macam mane ni kan, aku tak tau la plak company tu terlibat dengan judi. ni pun kawan aku bagi tau.. Kalau aku tau, lame dah aku tak beli. tapi disebabkan jersi REAL MADRID ni lawa dan aku minat sangat dengan warna Putih,so aku beli la.
Jadi sekarang macam mane yer...??aku baru je beli jersi tu..

ADEKAH AKU PATUT MEMBUANGNYA??????
ADEKAH AKU PATUT SIMPAN JE TANPA PAKAI LANGSUNG??????
ATAU

ADEKAH AKU BUAT SELAMBE DEK JE PAKAI?????
ADEKAH AKU SECARA LANGSUNG BERSUBAHAT YAKNI SECARA LANGSUNG AKU MENYOKONG COMPANY NI????
ARGHHHHHHHHHHHHH....BINGUNG....

Moga aku dijauhkan dari tergolong dalam golongan orang yang sentiasa melakukan DOSA tanpa sedar..
ameen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...