Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada
ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2
rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua
rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ”
sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah
dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah
Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu
waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu
perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika
di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan,
kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Kelebihan:
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha
membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat
kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan
Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan
solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun
dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi
masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap
bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan
setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang
dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan
mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan :
koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim.
terbitan Al-Hidayah Publisher
No comments:
Post a Comment