Monday, February 13, 2012

Adik Naufal Rizqie


Tanggal 28 November 2011, Kak Zilah selamat melahirkan bayi lelaki. So, mknenyer aku telah mendapat seorang lagi anak buah. Gembira tak terkata la..Alhamdulillah..
Naufal Rizqie name yang kakak and abang qomar (abang ipar) aku beri untuk anak sulong mereka ini. 1st time rase best giler sebab adik Naufal duduk kat umah kami jer. So, tyme cuti ni memang aku menghadap tgk muka adik naufal je la. Best betol. Harapnyer adik Naufal tak la malu2 dengan pak su die ni,sebab anak buah yang laen sume malu dengan aku.So,aku pun malu gak la usik2 diorang..haha..
Tapi dengan adik Naufal memang aku x segan silu la usik die.cubit pipi tembam adik 2. buaikan untuk tido,sampai aku yang tertido.
muka adik lepas mandi..kalo gune air sejuk comfirm nangisla..Ape la adik naufal ni..air sejuk je pun..kata lelaki..hehe
Aku suke tengok adik Naufal ni mase die tengah mamai nak tido.lawak betol. Mata stim je..haha..adik ni kuat tido macam pak su die gak la.haha.. Ape2 pun kejap lagi nak balik UTM dah,sedih betol nak tinggalkan adik nie.. Dah tak dapat nak maen2 dengan die. Pak su harap nanti adik jangan tak kenal Pak su plak sebab berpisah sementara nie..hehe..

Sunday, February 12, 2012

Family Terchenta..

Assalamulaikum...
ape khabar....cuti yang tak berapa panjang ni aku manfaatkan untuk cuba sentiasa update blog. Dua minggu lepas kami 1 family makan besar siket sebab sambut bufday 5 orang serentak. Bermula dengan bufday adik Naufal yang baru lahir bulan November hari tu, bufday abah bulan Disember, pastu bufday kak nomah and kak liha bulan Januari, lastly bufday kak nonoi pada bulan Februari ni. Combine all together because bukan senang nak gathering selalu.So baek buat sekaligus je. Juadah yang disediakan ialah bubur kegemaran aku bubur kacang+durian..haha..lama giler dah nak makan..akhirnya dapat juga..penat juga nk cari durian, dah 3 hari cari baru la jumpa.sebab  pegi kuala selangor, tak semena-mena nampak orang jual durian,ape lagi beli la.

Kucing Tido

Menu laen ialah pizza. 1st time sambut bufday makan pizza sebab kak zilah teringin sangat nak makan pizza, so kami adik2 kak zilah ni pegi la beli..bile dah beli besar sangat, tak larat la pulak nak habiskan sebab banyak sangat..hahaha
tak lengkap la kalo sambut bufday tak da kek..sebab family aku ni memang sama citarasanya iaitu suka kek cokelat, so kek Chocolate Indulgence from Secret Recipe jadi pilihan kami.memang terbaik la kek tu. sedap sehingga menjilat jari.haha
                           Tapi kat cni terlupa nak letak nama adik naufal sekali..hehe..marah mak die...
Tapi sebelum makan ni sume, macam biasa abah bace doa selamat..semoga selamat semuanya...

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada kakak2 ku.. Kak Nomah ulangtahun yang ke 27, Kak Liha ulangtahun yang ke 26 and Kak Nomah ulang tahun yang ke 25. Semoga kakak ku sume ni sentiasa dipanjangkan usia dan dimurahkan rezki,sentiasa diberi kesihatan yang baik dan senantiasa mendapat Redha Allah. Tak lupa jugak semoga cepat bertemu jodoh dan dipertemukan dengan pasangan yang mampu menjaga dan membimbing kakak2 ku dengan baik..amin..
abah belah kek



Diucapkan juga kepada abah dan mamak supaya sentiasa diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang dan keberkatan dari Allah SWT.Semoga umur yang masih aku ada ni dapat digunakan untuk berbakti dan membalas jasa kedua ibubapaku.Tiada apa yang menggembirakan selain melihat abah dan mamak sihat bahagia sentiasa. Tahun ni umur abah dah 74, mamak pulak 62 tahun.




Alhamdulillah, Kak zilah pun dah dapat baby boy..adik Naufal Rizqie namanya.makin hari makin tembam.memang kene cubit je la pipi adik naufal ni oleh pakcik and makcik die. Semoga Kak zilah, abg komar(suami) n adik Naufal sentiasa bahagia dan diberi kesihatan yang baik.Lepas ni kak zilah sekeluarga dah nak pindah USJ sebab kak zilah dapat tukar ngajar ke sekolah agama bestari. Jadi,tinggal kak liha je yang dapat temankan abah n mamak.huhuhu..
Sebelum habiskan entry ni, aku akan tunjukkan gambar mase kami kecik2..huhu..tak sangka cepat betul masa berlalu..dah besar2 dah sekarang nie..huhu

Atas Dari kiri: Kak Yan, Kak liza,aku(comelkan),hamidah(mamak),arshad(abah)
Bawah Dari Kiri: Kak nomah, Kak Jilah, Kak Nonoi, Kak liha

Tuesday, February 7, 2012

GESS-TEC 11 UAE Part 1

Assalamualaikum...
Dah lama sebenarnya untuk buat entry mengenai GOP team aku nie. Tak tau kenapa susah sangat nak buat, asik tangguh je. Nak buat entry ni sebenarnya kene ada mood yang sesuai. tapi yang penting semangat la. Walau bagaimanapun, even lambat update benda ni, kenangan bersama kawan2 dalam team GOP UAE ni tak pernah padam, tak kan sekali-kali, akan ku kenang sampai bila2 sebab ia adalah pengalaman terindah yang kami lalui bersama. Tanggal 4-13 September 2011, team kami yang dibarisi oleh tenaga2 kerja yang hebat dan tidak pernah berputus asa telah terbang ke United Arab Emirates untuk program Global Outreach Program UTM (GOP UTM). Sesuatu yang sukar untuk dipercayai dan dilaksanakan, terutamanya kata2 dan pandangan orang di sekeliling kami mengenai keboleh mampuan kami untuk pergi ke sana. Namun, dengan azam dan tekad yang membara kami mampu menterjemahkan segala usaha kami dengan berjaya pergi ke sana..pergh..ayat aku ni x leyh blah plak..ok2..strait 2 the point...aku tunjuk dulu la gambar kami...


aku akan memperkenalkan satu persatu ahli team GOP ni. kami terdiri dari 10 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Sebenarnya kalau ikut jumlah sebenar peserta GOP ni ramai, kalo tak silap 23 orang,tp mungkin disebabkan rakan2 yang lain ada masalah peribadi, so mereka tarik diri daripada GOP. Risau jugak time ni sebab tenaga kerja tak ramai, tapi dengan semangat dan ukhuwah yang mantap kami berjaya juga. Kat sini aku perkenalkan hanya pensyarah pengiring kami dan Mariam saja. Ahli yang lain korang boleh rujuk pada blog Mariam.Aku dah bagi link kat bawah: ..

Pensyarah Pengiring = DR. LAU
Ramai yang tanya kenapa kami ajak Dr. Lau untuk jadi pengiring kami. Sebabnya adalah Dr. still bujang, so kami rase mesti senang je die nak pegi. Then Dr. muda lagi, nak dekat je umur dengan kami, so mgkin chemistry antara kami dengan die mesti senang terjalin sebab masih muda..hahaha. Sebelum ni aku tak penah kenal pun Dr. Lau, sebab Dr. tak pernah ajar aku, tapi bila dah kenal lawak jugak Dr. ni kadang2. Takkan lupa situasi time die gelak tak henti2 kat abu dhabi dari dapur sampai terbawa ke bilik dia baru dia senyap.haha..cuma kat sana die nak cepat je, mgkin sebab tak tahan panas.

MARIAM AMRUDDIN (MAR)
Mula kenal gadis Labuan ni time satu group IE time 1st year. mariam seorang yang komited dengan kerja. pandai maen bola keranjang, maklum la atlet KML,kami yang lelaki ni pun tak boleh challenge... untuk GOP ni mariam adalah satu team dengan ayie bagi unit aktiviti kalo tak silap..kerja yang diorang buat sangat terbaik walaupun banyak cabaran.. good job mar.


Alhamdulillah, kami sume berpuas hati dengan jawatan yang diberi oleh bos kami Syazwan Ruslan. Kami bermula dengan zero, tak tau ape2. Kami sedar GOP kami memerlukan budget yang besar, so kami perlu bermula awal untuk cari dana. kalo tak silap kami start cari dana bulan march 2011. Bermula pada saat inilah, kami mengerah seluruh tenaga dan keringat untuk mencari DANA..haha..Walaupun kerja yang kami buat untuk dapat duit ni kadang2 orang perlecehkan sebab tak berbaloi dan sebagainya, namun ade perkara penting yang terselit dalam kerja2 nie..Semua tu akan aku rangkumkan pada last entry nie..

Kerja pertama sekali yang kami buat ialah mengutip poster2 calon PRU kampus.memang terbaek time ni. Lepas je habis PRU kampus, malam tu kami ligat pusing satu UTM kutip sume poster2 yang ditampal. Memang time 2 pesaingan amat sengit, sebab ade gak group laen yang same kutip gak. penat memang penat tapi gembira wat keje ni sume. sume sanggup bersengkang mata wat keje ni, pukul 2-3 pagi baru siap. Alhmdulillah, even tak dapat banyak mana tapi kami bersyukur sebab sedikit sebanyak menampung kos pembelian tiket kami ke sana..Start malam tu, keluar satu QUOTE bagi team kami untuk cari dana.
"KAMI BUKAN GILA, TAPI SEMUA YANG KAMI NAMPAK ADALAH DUIT"

Nampak seriuskan perbincangan kami disamping ade gak ahli group yg memerhati dari jauh(x tau sape tudung putih baju hijau ni) dan mariam yang dah menguap..haha..ni tyme kami berniaga di Tapak KoQ UTM, sempena program yang SPE anjurkan. Kami agak kecewa sebab penganjur cakap ramai peserta dan publisiti meluas, tapi sebaliknya. tu tengah sibuk bincang la strategi cam ne nak jual makanan2 nie.huhu..Akhirnya atas kesepakatan kami putuskan untuk menjual makanan ni dari blok ke blok dalam UTM. Pergh memang pengalaman berharga la tyme ni. Baru kita rase cam ne susahnya orang yang berniaga datang kat blok2 nie...sambil jalan cakap "Hot Dog, Nuget, Samosa".bukan budak laki je yang buat, ahli pompuan pun terlibat sama..haha..Mula2 memang rase malu,buat muka tebal,tapi sebab mission adelah untuk habiskan hasil jualan, kami buat seikhlas hati. Tapi bile tibe2 jualan laris, timbul rase excited untuk jual.Tyme ni memang syok la..semangat membara giler..macam bese tengah malam baru settle wat keje nie..tapi kalo tak laris sedih.huhu..rasenyer kami berniaga lebih kurang 3 hari kowt,dari pagi sampai malam..so,bayangkan la..haha
gambar bos wat menu jualan baru hotdog goreng bersalut roti..Terbaik....

Ni kerja kami seterusnya, jaga dan cuci tandas Beb..bagi aku, aku tak pernah langsung terfikir buat keje ni..haha...tapi sekarang bile lepas dah berjaya pegi UAE, ungkapan terbaik adalah "pergh,orang yang cuci tandas pun  boleh pergi UAE!!!"amacam ade bran??kerja ni kami sambar time pesta konvo besar. sebab ape yang kami nampak semua duit kan..hehe.. pagi pegi kelas, petang dengan malam jaga and cuci tandas.memang mencabar la.bukan pe, sehari kami gilir2 jaga,ade 3 shift. kalo hari minggu, Shift pagi, petang and malam. kalo weekday, shift petang dengan malam. Cube bayangkan, kami wat kerja ni seminggu kowt. Melatih sifat sabar dalam diri pun ade. Agak penat la wat kerja ni. Penatnya sebab banyak sangat duduk tercongok kat tepi tandas tu. Even dah ade cleaner tapi kami tetap cuci sejam sekali. Kadang2 kalo ramai sangat pengguna, dalam sejam 2 3 kali..pergh...memang terbaek la...

Then, kami juga buat kerja menjual kotak untuk budak2 UTM ni. untuk task ni, unit entrepreneurship ketuai. baki ahli laen adalah unit sponsorship. Unit entrepreneurship dianggotai oleh am,zaki,mamu,jack,ihsan and izaidi, selebihnya unit sponsorship. kami ambik peluang jual kotak time akhir sem, iyela mesti ramai yang nak beli kotakkan, pack2 barang. memang ramai yang tempah kotak, kami excited giler la dengan tempahan yang ade. Tapi kami hadapi satu masalah, camne nak wat delivery nie.takkan nak pinjam kereta kimah je kan. so, nak tak nak terpakse la guna moto. Alahai,sian nyer la, menjunjung kotak pergi ke kolej2 menggunakan moto,pilu hati bile mengenangkan situasi tu. Bukan pe,dah la kotak 2 berat, naik moto lagi, rintangan angin..ish2, bahaya2..tapi dikenangkan ade mission untuk pergi UAE,kami gigihkan jua.haha..ape2 pun jual kotak memang best.alhamdulillah, sume kotak berjaya dihantar kepada pelanggan. Yang excitednya bile pelanggan 2 pompuan...memang laju ar kami nak hantar..hehe

Kerja last kami untuk cari dana adalah Kutip Barang Recycle. Kerja ni kami buat lepas habis exam final. comfirm ar tyme ni student2 banyak nak buang barang, especially kertas. kami pergi ke setiap blok2 dalam UTM ni utk cari barang recycle. pagi petang siang malam wat kerja ni. ape yang kami nampak sume kami kutip.kerja ni sememangnya memenatkan dan memerlukan tenaga yang tinggi. 3 4 hari gak la kami nak kutip bnde2 recycle ni. sume tempat kami selongkar. Nampak je botol  ke kertas ke, even dalam tong sampah sekalipun kami rembat..haha..kat sini aku boleh tunjuk cket koleksi gmbar2 yang ada. tempat penyimpanan adalah bilik aku...huhu..pergh memang terbaek la tyme 2 bilik aku diorang kerjakan..haha.. macam tong sampah pun ade bilik aku..bangon tido je tengok sampah depan mata..sadis betol time tu..huhu
Proses pengasingan barang2 recycle mengikut jenis barang dan gred. Semua fokus kecuali cik zana.Terbaik la korang..


time bergambar..masing2 penat asingkan 
barang...tak tau nak asing mane dah...haha


Proses penimbangan barang recycle

Muka gembira, puas, penat tergambar di riak wajah ahli2 team GOP ni. Segala penat lelah membanting tulang selama beberapa hari mencari barang recycle berakhir..haha

Jadi macam mana??Ade berani untuk buat kerja2 ni sume,kalo kami mampu anda pun mampu cume perlu ade kesungguhan dalam melakukan kerja sahaja. Walaupun pada mulanya kerja2 kami ni dipandang rendah oleh sebahagian orang disekeliling kami, namun itu bukan penghalang yang boleh mematahkan semangat kami untuk mencari dana GOP ini. ~BIARLAH APE ORANG NAK KATA~ .

 Ok, ape yang aku nak rangkumkan untuk entry kali ini ialah HIKMAH-HIKMAH yang kami perolehi bile buat kerja2 ni. secara jujurnya memang kami akui pendapatan yang kami perolehi tidak begitu banyak namun ianya banyak memberi kesan dan hikmah kepada kami..Alhamdulillah..Hikmah2 tersebut ialah :

1) Dengan buat kerja ini, kami dapat lihat KOMITMEN dan kerjasama ahli2 GOP ni. Kerja yang kami buat ini bukan mudah. so, kalo bende cam ni pun susah untuk bagi komitmen, macam mana dengan gerak kerja yang lain terutamanya bile sudah berada di UAE, adakah kita masing2 ikhlas untuk buat kerja2 GOP ni kalau terpakse memang x syok la..mungkin sebab komitmen, ada antara kami yang menarik diri, tapi kami sebenarnya harap rakan2 ni stay,tapi nak buat cam ne,mgkin diorg ade masalah peribadi.

2) Kami pelajari erti semangat TOLONG-MENOLONG. "Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing". Even kerja tu bukan kita punya,tapi sebab ade semangat ni, kita cube untuk membantu antara satu sama lain..respect sangat team GOP ni.

3) Korang rasa PUAS bile hasil titik peluh korang selama ni memang berbaloi baloi sampai boleh pergi ke luar negara. Macam kami, memang kami berasa sangat puas semasa berada di UAE.

4) Korang dapat MENYELAMI KEHIDUPAN &PERASAAN bagaimana seseorang itu berusaha untuk mencari rezeki.perghhh,,Hikmah ini memang terbaik..kami sentiasa membayangkan bagaimana jika kami berada dalam kehidupan orang itu, menjadi cleaner, cuci tandas, kutip sampah, jual makanan dan sebagainya. Bersyukur bila kita dikurniakan kehidupan yang  baik ini. So, kita kene pikir, kalo kita kata kita susah,ade orang yang lebih susah dari kita dan jangan memandang hina orang yang rendah taraf keduduakan mereka.

5) Hikmah ke-5 ni amat besar bagi kami. UKHUWAH.. ye,ukhuwah kami amat mantap bile kami buat kerja2 ni sume.segala kesusahan dan kesenangan kami lalui bersama. ade masalah kami kongsi. Alhamdulillah sampai sekarang, ukhuwah kami masih berkekalan..amin..gerak kerja menjadi senang dan mudah bile mempunyai UKHUWAH yang mantap. Ingat, kita tidak akan berjaya jika kita bergerak seorang diri. Kami percaya bahawa jika ukhuwah tidak baik mungkin kami sukar untuk menjalankan GOP ini..

Ok,itu sahaja untuk entry kali ini..tunggu untuk PART2 GOP yang seterusnya.....lebig banyak perkara yang akan dikongsi...Suka, duka, gembira dan risau..semua ade..NANTIKAN>>>>>>!!!!!!

Monday, January 23, 2012

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum...bertemu kembali. dah lame x update blog..kali ni la ade mase sbb duduk kat rumah. nak citer la pasal kehidupan yg dihadapi baru2 nie...tanggal 19hb Januari 2012 aku dan 3 org lagi member telah pergi ke kota singa. tempat kami tuju sudah semestinya Universal Studio Singapore(USS). kalo ikowt perancangan time cuti sem ni nak pegi genting, tp ntah macam mana tukar plan pegi USS. sebenarnya kalo pegi genting ramai yang nak ikot, tp lepas tukar plan nak pegi USS,tinggal 4 orang je yang nak ikowt. mungkin sebab kos yang tinggi. tambahan pulak akhir2 sem ni mestila duit dah kering.aku akan ceritakan sedikit tentang 4 orang ini yang termasuk aku..Mereka ialah:  

Mohamad Zul Azri Zainuddin
Zack adalah ibarat ketua trip ni.sume bende die buat.beli tiket USS,pemandu pelancong, bayar duit naik bas..semua la die sapu keje2 nie..tapi die memang layak la sebab betul2 semangat and bertanggungjawab utk buat kerja ni sume.yang paling penting aku rase die ikhlas,sebab sape lagi yang nak diharapkan buat keje2 ni..dah die terer sangat..so,bile ade die,aku yakin giler ar mesti x sesat..bese ar "Google Map"..cume die jalan laju sangat dalam USS 2,penat kami bertiga ni mengejar..huhu.. ape yang dikejar tak tau lah...
Muhammad Arif Zaki Badruzzaman
sape tak kenal dengan orang kaya 3-SKG ni...pegi tempat2 cam ni comfirm tak da masalah bagi zaki. rumate aku ni memang suka berjalan rasanya..disebabkan zaki ni seorang yang cool dan tak cepat gelabah, so die rilex je la time pegi USS ni..tapi sian jugak kat die..langsung tak tido sebelum pegi USS nie.sebab seronok sangat kat USS tu sampai die langsung x rase penat sebab tak tdo..rahsia minum tongkat ali kowt,sentiasa bertenaga..haha
Muhammad Syazwan Ruslan
Kalo tyme GOP UAE dulu die jadi pengarah, utk program pegi USS ni die jadi kerahan tenaga plak.tapi nak ckp kerahan tenaga pun tak jugak sebab seperti yang aku cakap tadi sume bnde zack dah buat..so, tak bleh la wan ni nak sentap2 sangat sebab tak jadi bos..cume ade 1 ja tugas wan kat USS tu,kalo kami nak naek roller coaster,wan diamanahkan utk jaga barang2 kami..sian wan,tu la kan sape suruh takowt nak naek roller coaster,kan dah kene tolong..bagi aku wan ni die takowt bab naek roller coaster je kowt..takowt sebab ape aku pun x tau..huhu
Mohd Mazlan Arshad
sory la sebab diri aku pun aku nak citer...sebenarnye aku tak terfikir langsung nak pegi USS ni,tp ntah mcm mane tibe2 je rase macam nak ikowt..so,kumpul la duit..alhmdulillah la dapat ikowt jugak dgn diorg2 nie...time pegi USS keje aku goyang kaki je..tapi ade bnde penting yang aku wat,kalo x cmfirm pegi USS ni lambat..aku kejut diorg2 ni utk bangun subuh dan terus bersiap..sebab sume tido lambat,so aku fikir mesti bahaya kalo terlajak..cuma zaki je aku x kejut,sebab die tak tido kan..tengok bola punyer pasal...
kalau pegi USS ni tak sah atau tak lengkap kalau x bergambar dengan simbol Glob USS nie..kami bgmbar ni pun time dah keluar lepas penat bermain.tyme nak masuk x sempat sangat nak bergambar,mklum la,masing excited nak masuk.haha...
ok,aku citer serba sedikit ape yg ade dalam USS ni..ok kat dalam USS ni ade 7 bahagian yang sume best2 giler..
 1. New York   2. Sci-Fi City   3. Ancient Egypt   4. The Lost World   5. Far Far Away                                               6. Madagascar   7. Hollywood
sume 7 tempat ni best2..tp tak kan nak cerita sume kan,smpai esok aku taip entry ni pun x habis..haha..so aku citer cket2 je la..aku rase yang paling best dekat Sci-Fi City la sebab kat situ ade dua roller coaster yang amat lah laju dan menakutkan serta Transformer Ultimate 3D Battle yang sangat awesome n thrill..lawan dengan Megatrone..kene tembak sume..tapi time pegi USS ni plak la kepala aku pening,nak tak nak kene lawan gak la pening tu sebab nak bagi berbaloi masuk tempat nie..zaki n zack 4 kali naik roller coaster,aku bleh 3 kali jer..lepas tu mmg dah pening giler.wan berani naik sekali je.untuk transformer kitorg sume naik dua kali.serius best giler..tak tipu..
tengok bentuk laluan roller coaster ni pun aku dah pening..apetah lagi nak naik bnde alah nie...memang terbaik.. then Ancient Egypt pun terbaik..kami mulanya x tau ape bnde yg ade dalam bnde ni,upenyer ade roller coaster gak..tapi bezanya,roller coaster ni gerak dalam keadaan gelap yang amat sangat..memang x nampak ape...memang seram x terkata la... tyme kita naek tu macam kita dalam citer the mummy la..ada imphotep,serangga yang makan daging tu.then ade part yg pasang api,mmg panas giler time tu...haha..            





Ni kat pintu masuk ke ancient egypt tu..agak menakutkan dengan patung2 tu..tambahan lagi bile masuk kat dalam,gelap giler..diiringi dengan muzik arab, sampai ade sorang tu takowt nk masuk dulu dan suruh orang lain masuk...haha..takowt ade ULAR kowt...haha..sape la orang tu yer antara kami berempat nie...haha..

then,kami pegi plak kat Far Far Away..bangunan die memang sangat cantik..kat sini daya penarik die mestila Shrek 4-D..tapi sedih sebab ade spoil mood siket..kerusi yang kami duduk time tgk Shrek ni tak gerak..huhuhu..kerusi penonton laen sume gerak..kami je x...pergh,tyme tu mmg jelez n sedih giler ar....org laen sume gembira,kami je yg sedih2...huhu.. adekah sebab ade org yang berat dalam kalangan kami??hahaha...Pikir La Sendiri..haha
Nasib menyebelahi kami sebab petang tu kami sempat tgk show yang memang mendebarkan hati dan jantung kami..sebab sebelah pagi kami terlepas pandang yang ade show ni di tayangkan...memang terbaik gler..pelakonnya lompat sana,lompat sini..terjun sana,terjun sini...terbakar,meletup sume ade..yang paling best bile kapal terbang merempuh n mendarat kat air ni..memang terbaik la aku cakap..tapi kalo masuk show ni aku nasihatkan agar korang jangan duduk area depan..kalo tak memang basah kuyup la korang...ikhlas aku cakap ni..haha..nak citer pun banyak sangat,so aku tunjuk gambar menarik je la yer..

masuk kat jurassic park ni comfirm basah kalo naek water world and pegi tengok show duduk kat depan...


nak tunjuk gambar semua pun x mampu..so,ini je la yang bleh aku tunjuk..bab makanan mesti la mahal..dan kami pun memang suka makan makanan mahal2 nie..haha...setakat 5-6 ringgit x pandang la..haha...bile korang nak mkn korang kene pastikan yang tempat tu ade cop halal..sebab ade cafe yang tak halal.kami makan  hari tu  masyuk gak la..alhamdulillah kenyang.aku,wan n zaki menu same harga lebih kurang RM28 sorang.cume zack diva siket,so  makan mahal lagi la RM35..berbaloi bagi diorang bertiga, tapi aku tak sebab aku muntah semua makanan tu..salah satu cara aku nak baik pening adalah dengan muntah..aku terpaksa berkorban..haha..
cuma aku memang giler2 terkilan sebab kat tempat ni tak sediakan perkhidmatan kebajikan yang sangat  diperlukan oleh pengunjung yang beragama islam iaitu surau. mungkin sebab bukan negara islam kowt tu yang diorang x sediakan..tp walau ape pun rintangan kami tetap menunaikan perintahNYA..alhamdulillah...
so,next time kalo nak pegi bawaklah sejadah yer..then kalo nak jimat, bawak la bekal makanan.. ok,bagi korang yang nak pegi sini aku syorkan korang provide sekurang2nya RM200 sorang untuk menampung tiket masuk USS ni,makanan n perjalanan ke sini.tp budget ni x termasuk untuk beli cenderahati yer....then aku nasihatkan kalo nak pegi sini,pegi la time weekday dan jangan pegi time weekend yg sudah semestinya ramai tu...memang berbaloi-baloi.
lagi satu pesanan, korang jgn lupe bawa pen sebab penting giler nanti..haha..kalo tak malu la korang nak cari pen kat celah mana...x leyh blah bile kami dipanggil oleh orang kastam singapore sebagai budak2..haha ~KAMI DAH BESAR & MATURED KOWT~
Selepas pegi UAE, USS adalah tempat kedua yang aku rasa sangat berbaloi untuk pergi dan sangat lah best..sekali lagi ianya pengalaman yang tak dapat dilupakan..tahniah untuk team program ini..haha..thanks pada member2 len especially fizi yang banyak tolong kami ke sini....
 ~JOM KITA PERGI KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE~

Monday, January 2, 2012

IMTIHAN

assalamualaikum...kejap je lagi dah nak habis semester..dan sekarang nie sume student2 kat U dok pulun study..ade yang sampai siang malam x tido..same la macam student2 3SKG termasuk aku...
so,kita mesti mengharapkan yang terbaik dari exam final ni..usaha banyak..biar hasil yang kita dapat berbaloi dengan apa yang kita usahakan...ni ade sikit tips2 yang nak dikongsi sebelum hadapi
IMTIHAN ni..

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan 
 1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

 2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

 3. Tidur yang mencukupi..

 4. Menjaga kesihatan diri. 

 5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

 7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

 8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

 9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

 10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

 11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru. 


 12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

 13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

 14. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

 15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

 16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

 17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan. 

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

 19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

 20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

 21. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

 22. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
JANGAN TINGGAL SOLAT...ape guna belajar rajin2,tapi tinggalkan suruhanNYA...
Jika ada salah dan silap pada orang lain, jangan lupa mintak maaf pada mereka terutamanya IBU BAPA kita..calling2 la sebelum hadapi exam ni..suruh mereka doakan kita...
kat KAWAN-KAWAN pun jangan lupe mintak maaf...GOOD LUCK semua....

Thursday, December 29, 2011

Anak Kucing ke Kucing Tido??

Assalamualaikum.... PEACE NO WAR..trademark syazwan..empunya blog Ceritera Marker Putih.. pesal title entry kali nie pasal kucing??haha...sume ni angkara makan durian...ape kaitan durian dengan kucing pulakkan?? pergh...lame btol dh tak makan durian..ntah mcm mana bleh makan durian ni..sebab orang belanja kan...terima kasih kepada yang belanja...syazwan ruslan kalau tak silap..hehe...
nak di dijadikan story, pegi kipmart beli barang2 untuk buat BBQ GOP UAE...sekarang ni plak musim durian..so,area buah penuh la dengan buah durian..terasa nak plak makan..bukan aku la,tp yang len..harga plak berpatutan..pe lagi beli la kan...bile dh beli masalah nak cri tempat nak mkn buah 2...alih2 makan kat taman berdekatan jusco..
beli 3 biji je pun, tu pun x mampu nak habiskan...durian ni bahaya gak..makan banyak2 bleh buat badan panas..lagi 1 aku memang takowt nak makan durian banyak2..boleh buat sakit tekak...pergh..perit giler kalo sakit tekak sebab durian...
tapi sayang sorg member zakri langsung tak makan durian ni..memang die allergic giler2...cium bau durian pun x boleh.. mmg btol2 anti lah dengan durian ni...
ni baru nak cite mcm mana timbulnya istilah anak kucing...seriusly, aku tak tau pun istilah anak kucing ni ade pada buah durian.. istilah ni dicetuskan oleh amalina nurhidayah..tak ade plak terfikir istilah2 ni,yang aku tau makan je... ok,kalo korang perasan time makan durian,kalo kite buka "pangsa" durian 2 ade part yang dalam 2 hanya ade seulas je buah durian..bnde 2 la yang dipanggil oleh amalina nurhidayah ni "anak kucing"...sebab comel mcm anak kucing kowt...hahaha.. tapi kekeliruan istilah telah muncul setelah perkara ini dirujuk kepada saudara zul azri pakar bahasa..haha... istilah yang betul adalah kucing tido....erm,so sekarang mane yang betol?? kalo aku sume ulas yang ade kat dalam durian 2 aku panggil DURIAN...x de istilah kucing2 nie..haha...
 ~ADE KAMI KESAH,ANAK KUCING KE KUCING TIDO KE..YANG PENTING KAMI KENYANG...ALHAMDULILLAH...~

Wednesday, December 28, 2011

Batu Kerikil, Pasir dan Air

Assalamualaikum...kali ni nak berkongsi citer tntg sumthin yg bleh buat korg pikir utk diaplikasikan dlm life korang...untuk buat sesuatu benda,perlu ade perancangan..jangan men redah je...nanti ape yg kita rancang tak menjadi..kan dah kecewa,masalah bagai....kisahnyer begini..
sorang student yang pakar dalam bab2 mengurus ni sedang bercakap dengan ahli2 group die dlm satu organisasi.kat depan die ada satu jag berbentuk silinder yang sederhana besar.
then, student 2 masukkan beberapa biji batu sebesar penumbuk(besar penumbuk aku) dalam jag tu satu persatu sampai tak muat lagi. then die bertanya kpd teammate die " korg rase jag ni dah penuh?? "Ya!jawab salah sorang di kalangan mereka. yang laen angguk2 setuju.."betul ke??"student yg pakar tu pun ambil dari dalam beg bagasi die(siap bwk bagasi dlm meeting,semata2 nk bg motivasi kat teammate..haha) sebuah kotak berisi anak2 batu kerikil.
then die pun memasukkan anak2 batu tu dalm jag tadi.so,anak2 batu 2 memenuhi ruang antara batu2 besar yang dah dimasukkan sebelum ni. die susun hingga x dapat nak masukkan lagi. member len "ushar" pelik ape kejadah mamat ni buat.. "so,sekarang jag ni dah penuh belum?"tanya student pakar tu."maybe tak.."jwb salah sorang dari diorang.yang len plak ade yang mengangguk,ade juga yang menggeleng. "hmmm...Boleh tahan!" balas student pakar tu.then die pun keluarkan satu peket plastik berisi pasir halus dan menuangkan ke dalam jag tadi sehingg padat.
pastu, dia tanya lagi, "sudah penuh?" "belum lagi" jawab teammate diorg serentak. nampak macam confident je. "Bagus!" dia pun kemudiannya menuangkan air ke dalam jag tadi sampai penuh dan padat. "Baik. korang semua dah tengok apa yang aku buat tadi. so, apakah pengajaran yang korang sume dapat daripada bende ni?"tanya student pakar tu slps selesai menuangkan air dalam jag. "aku rasa, teladan daripada peristiwa tadi adalah, sebanyak mana tugasan yang perlu dilakukan sekiranya kita berusaha sedaya upaya, kita akan dapat lakuakan banyak perkara lain".seorang ahli group tu berikan pendapat. "sory bro,bukan itu yang aku nak sampaikan." student pakar tadi memberikan respon. "teladannya adalah surely korang tak akan dapat memuatkan batu, kerikil dan pasir sekiranaya korang memasukkan air terlebih dahulu. letakkan bende yang "BESAR" dulu, kemudian barulah muatkan bende yang kecil. Rancang lah kerje saudara" So,korang paham tak ape yang aku nak sampaikan??
GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL
..so, ape yang kita buat sekalipun,rancang lah elok2 yer..supaya tak susah dikemudian hari..kita akui,
kita merancang, Allah juga merancang,tapi sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah S.W.T
..tapi cube lah merancang yer..selebihnya kita berserah pada Allah... ni video nasyid dari kumpulan nice..aku suka dengar nasyid ni untuk kuatkan semangat aku dan muhasabah diri balik kalo ade masalh yang menimpa aku...percayalah setiap masalah yang menimpa kita ni sume ade hikmahnya..Allah lebih mengetahui....
saje letak gambar ni sebab NICE sangat...gambar kelas aku tahun 3-SKG..kimia gas....silaturrahim perlu dijaga...ingatan untuk diri ini..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...