Monday, January 2, 2012

IMTIHAN

assalamualaikum...kejap je lagi dah nak habis semester..dan sekarang nie sume student2 kat U dok pulun study..ade yang sampai siang malam x tido..same la macam student2 3SKG termasuk aku...
so,kita mesti mengharapkan yang terbaik dari exam final ni..usaha banyak..biar hasil yang kita dapat berbaloi dengan apa yang kita usahakan...ni ade sikit tips2 yang nak dikongsi sebelum hadapi
IMTIHAN ni..

Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan 
 1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

 2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

 3. Tidur yang mencukupi..

 4. Menjaga kesihatan diri. 

 5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

 7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

 8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

 9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

 10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

 11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru. 


 12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

 13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

 14. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

 15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

 16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

 17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan. 

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

 19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

 20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

 21. Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

 22. Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
JANGAN TINGGAL SOLAT...ape guna belajar rajin2,tapi tinggalkan suruhanNYA...
Jika ada salah dan silap pada orang lain, jangan lupa mintak maaf pada mereka terutamanya IBU BAPA kita..calling2 la sebelum hadapi exam ni..suruh mereka doakan kita...
kat KAWAN-KAWAN pun jangan lupe mintak maaf...GOOD LUCK semua....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...