Sunday, March 4, 2012

Kuih Peniram

sape yang suka makan kuih ni?


tadi g pasar, then terjumpa kuih ni...lama dah tak makan..akhirnya dapat juga melepaskan kerinduan nak makan kuih nie.. kalo kat tempat aku sekinchan selangor dipanggil TELINGA HINDU...tak tau sebab pe namenyer cam tu.. kuih ni sedap di makan time panas2 sebab rangup... lagi sedap dari donut JCO kowt..haha



 p/s: Nostalgia tolong mak wat kuih ni time kecik2 dulu...huhuhu..bestnyer...

Saturday, March 3, 2012

aku suka wanita yang bertudung labuh..

Bila melihat atau memandang wanita yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat Islam, membuatkan aku suka pada mereka ini. Berpakaian dengan pakaian yang labuh, tidak ketat, memakai tudung labuh memang membuatkan sejuk mata yang memandang.Tapi awas, jangan memandang mengikut nafsu pula..tu dah lain.

Kenapa aku suka wanita yang bertudung labuh??

1.   Insyaallah, mereka ini patuh pada suruhan Allah.
2.   Insyaallah, mereka ini mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik.
3.   Insyaallah, mereka taat pada ibu bapa.
4.   Insyaallah, mereka mampu menjaga diri jika berseorangan.
5.   Insyaallah, mereka boleh menjadi role model kepada orang disekeliling mereka.
6.   Insyaallah, mereka mementingkan kebersihan.
7.   Insyaallah, mereka menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua dari mereka.
8.   Insyaallah, mereka pandai berhias, tapi cuma didepan bakal suami mereka sahaja.
9.   Insyaallah, mereka pandai memasak.
10. Insyaallah, mereka adalah yang tidak mudah patah semangat.
11. Insyaallah, mereka adalah orang2 yang sabar.
12. Insyaallah, mereka akan taat dan menyayangi bakal suami mereka.

Banyak lagi sebab, tapi rase tak mampu nak tulis semua. Aku tau walaupun semua sebab ini orang yang tidak memakai tudung labuh pun ade, namun jika mereka itu berpakaian menurut syariat islam bertudung labuh semua, kan lebih baik dan sempurna disamping mempunyai akhlak yang baik. hati aku jadi tertarik dan tenang jika dapat dijadikan mereka ini bakal zaujah.

Tapi PERSOALANNYA disini, adakah aku LAYAK untuk menjadikan mereka ini PASANGAN HIDUP???Mungkin aku suke mereka, tapi  adakah mereka akan suke kepada lelaki seperti aku???

Berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
JOM KITA SAMA2 MEMPERBAIKI DIRI
 





Kalendar Pemain Malaysia

Even sekarang dh bulan mac, tapi still lagi boleh digunakan kalendar ni... 
Ape2 pun malaysia tetap di hati...

Jom Amalkan Solat Sunat Dhuha


Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

Induction Cooker

Ape ke hey nyer induction cooker kene rampas oleh pengetua kesayanganku ni....
tak de bende laen lagi ke nak rampas...aku nak tuntut balik pun dah malas..cam nak beli yang lain jer...bukan aku ni kaya, tapi tak sanggup nak tengok muka pengetua tu...memang tak nak pandang ar.....tau tau kenapa ku benci sangat..walaupun aku tau tak baik benci kat orang,tapi itulah hakikatnya...benci, bengang...
Walaupun duduk di U yang ade kuasa autonomi ni, tapi aku rase seperti aku berada di alam persekolahan bile berada di KOLEJ TUN Dr. ISMAIL ni.....sume bende tak kene...adoy...Bile mau PINDAH ma??
bile tak de induction cooker ni,memang tak boleh jimat la...adoy~..POKAI2....
Sabar je la lan...dah cara die memang macam budak2..nak wat cam ner~

Bila JPA tak masuk lagi....

alhamdulillah...masih bernafas di muka bumi Allah yang maha luas ni...Terus kepada tujuan utama nak tulis entry ni..aku bersyukur kerana aku mendapat Tajaan JPA bagi meneruskan pembelajaran di UTM ni..Namun setiap kali masuk sem, mesti perkara yang sama berlaku. Biasiswa lambat masuk...ape celop??Kalo banyak duit x pe, ni nk makan pun susah..nak beli buku lagi...aku ni buat gaya macam banyak duit,tapi dah kering..haha...tu la masalah yang kami hadapi pasal JPA nie..kalo masuk duit tu lambat siket tak pe la,tapi ni lambat banyak..adoyai...bende ni sume melatih diri supaya bersabar....
So, sape yang tajaan JPA ni,tiada ungkapan terindah yang mampu aku ucapkan selain BERSABAR....hahaha...
aku sabar menunggu mu wahai JPA.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...