Tuesday, January 7, 2014

Kepergianmu tanpa disangka..Abah

     
 Tanggal 30 Disember 2013 bersamaan 27 Safar 1435H waktu pagi aku telah dikejutkan dgn panggilan dari kakak ku yg bercakap sambil teresak-esak "Alan, abah accident..abah dah takda". Aku tersentak dan blur. Betol ke apa yg aku dengar ni. Aku terus menangis..aku tak tau nk ckp apa. Ketika itu aku berada di dalam kereta bersama seorang sahabatku yg sama2 bekerja di MLNG, Akhi Zharudin@Emuk namanya. Ketika itu kami di Kuching x sampai 24 jam pun lagi dan ketika itu kami sedang menuju ke rumah salah seorg sahabat kami sambil menghantar seorg sahabat lg utk berjumpa client. Waktu itu bandar Kuching hujan lebat. Emuk bertanya kpd aku, apa yg berlaku?? Dan aku mengatakan abah dah xde. Emuk cuba menenangkan aku dan menyuruhku menelefon abgku utk confirmkan apa yg berlaku. Maka aku terus call abg zul. "Abang, abah accident ke?"ketika itu aku masih x sanggup utk menanyakan adakah abah sudah tiada kerana aku masih tak dpt terima. Maka abg zul menjawab " bukan accident lg dah lan, abah dah takde.."Innalillahiwainnailaihiraji'un. Tangisan aku lebih kuat dalam kereta itu. Abg zul ckp jika sempat utk cari tiket balik la lan, kalau x sempat xpe la. Aku dgn nada teresak2 mengatakan aku akn usaha utk balik pagi ni gak walau apa cara sekalipun. Akhi zharudin cuba menenangkan aku. Tanpa berlengah aku terus membuka website penerbangan sama ada MAS mahupun Air Asia. Situasi sebeginilah yang aku khuatiri bile aku mndpt kerja di Sarawak ni dulu. Jika ada emergency case mcm ni adakah aku sempat utk balik ke rumah. Dan ianya berlaku pada kali ini.
      Sebenarnya perancangan Allah itu sangat cantik bagiku. Semua aturanNya ade hikmah disebaliknya. Pada ketika kami meninggalkan bandar Bintulu, rupanya Bintulu telah mengalami banjir kilat yg agak teruk. Sangat simpati dan risau kepada keluarga yg rumah mereka di tenggelami air. Sahabat2 yg berada disana bertungkus lumus utk membantu masyarakat2 yg terjejas. Dalam hati ni kalo la aku ada disana sudah pasti aku dpt membantu mereka. Banjir di Bintulu itu menyebabkan banyak taman yg ditenggelami air dan jalan yg terputus termasuk jalan nak ke airport. Bile aku fikir ade hikmahnya aku ke Kuching, cube bygkan jika aku berada di Bintulu, bagaimana aku hendak ke airport jika air di jln itu belum surut. Dan perbezaan airport Kuching dan Bintulu ialah airport Bintulu hanya menyediakan 5 kali shj penerbangan ke Kuala Lumpur, 3 Air Asia, 2 MAS. But for Kuching airport hmpir setiap jam ade flight ke KL. Dan belum tentu boleh beli tiket tu kalo on the spot mcm ni. Actually aku pun x sure knape aku g Kuching ni. Akhi zharudin ni ajak jln2, then aku ikot je.Die kata kat Kuching byk shbt2 dan ade gak tmpt2 menarik. Dan aku slumber je mintak annual leave dari bos. Bos plak rileks je approved. So mmg ke Kuching la kami 29 Dis tu. Cdgnya kami mula2 nk g Sabah, nak drive dari Bintulu ke KK, tp last minute ntah cmne tukar plan nk ke Kuching plak. Lagi pun zaujah akhi zharudin keje kt Kuching, so at least die pun bleh jumpa zaujah die. Nampak hikmahNya kt situ aku berada di Kuching instead of Bintulu.
       Berbalik pada kisah aku cari tiket flight, aku tgk waktu pagi tu tiket dah x available samada Air Asia mahupun MAS. Yg ade tghri hari je. Waktu tu aku dah nangis2 dah. X sempat ni nk jumpa almarhum abah kalo mcm ni lmbtnya. Emuk ckp xpe kite terus je g airport bli direct kt sana mne tau ade yg kosong. Waktu tu hujan lbt, sama spt lbtnya aliran air mata aku. Ak byk bermenung kenangkan almarhum abah. Seakan x percaya lagi. Tapi Allah itu sudah menentukannya, ajal itu di tangan Allah. Takkan pernah terlambat atau tercepat walau satu saat utk die menjemput hambaNya menghadapiNya. Waktu tu aku dah mula redha. Sampai di airport aku berjln laju dan kdg kala berlari utk ke counter, tp bile smpai mcm dh xde pluang nk naik flight pg tu. Aku dah rase hilang smgt, tibe Emuk suruh check website flight Malindo. Alhamdulillah, rupenyer ade lagi tiket pg tu. Time nk bli online tu boleh plak internet lembap plak, mgkin sbb ramai sgt kt airport. Aku dh gelabah, then kmi try cri kaunter Malindo, alhamdulillah jumpa. Tanya staff tu die ckp tiket still available tp kne  bli kt office diorg kt tgkt bwh. Mmg berlari la kmi sbb ade mse 15 mnit je lg before departure. Mmg aku sempat bli tiket tu..syukur sgt flight pkul 9.40am, actually flight tu delayed sbb cuaca x ok. Tu yg ak sempat naik. Terima kasih sgt kt akhi zharudin yg bersusah payah tlg aku.
     Dalam flight ak sedekahkan bacaan yassin utk almarhum abah..sampai kali ketiga aku baca aku dah tak mampu menahan kesedihan.. memang aku menangis. Allah shj yg tahu bagaimana perasaan aku. Seorg hero dlm hidup aku telah meninggalkn aku tanpa diduga. Kali terakhir aku jumpa almarhum pada awal bulan 12 dahulu ketika aku ada kursus di bangi. Aku x sangka itu adalah kali terakhir aku berjumpa dgn Almarhum abah.
      Alhamdulillah, aku di anugerahkan olehNya kwn2 yg baik. Semasa di Kuching aku telah memberitahu seorg kawan yg sama belajar di UTM Zack nama panggilannya bhw abah sudah tiada. Lalu die terus menawarkan diri utk menghantar aku ke rumah apabila aku dah sampai ke KLIA. Dia tahu bahwa jika tidak aku perlu menaiki bas utk ke rumah, jd sudah pasti aku tidak sempat utk bertemu Almarhum abah. Setibanya aku di KLIA,  aku ingtkan hanya Zack seorang yg menjemput aku, rupanya Syazwan, Hafizi dan Naomi juga turut sama utk menolong menghantar aku. Diorang bekerja hanya setengah hari. Ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan kawan2 yg banyak membantu aku.
       Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 2.10 ptg. Ikut jadual jenazah hendak disembahyangkan dan dikebumikan pd pukul 3ptg. Ramai yg terkejut bagaimana aku yg duduk di Sarawak boleh sempat sampai. Ini semua kuasa Allah yg memudahkn segala perjalananku utk bertemu Almarhum abah. Saat aku sampai di rumah, tahlil sdg dibacakan kpd Almarhum. Dalam rumah dan sekitarnya penuh dgn org ramai, ahli keluarga, org kampung dan shbt handai. Seusai tahlil, aku diberi kesempatan oleh abangku utk menatap dan mencium wajah Almarhum. Saat itu ak menahan air mata ku. Aku berasa tenang kerana ku lihat wajah Almarhum yg sgt tenang spt tidur yg nyenyak tanpa menunjukkan riak wajah kesakitan. Namun air mata tak dapat dibendung lagi tatkala aku memeluk mak. Aku cuba tenangkn mak walaupun aku sendiri juga sgt sedih dgn pemergian Almarhum. Tapi mak org yg lebih rapat dgnnya sudah pasti kehilangan ini suatu ujian yg sgt besar buat mak.
       Pkul 2.30ptg jenazah di bawa turun dri rumah utk dibawa ke masjid utk disembahyangkn dan seterusnya dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah pengebumian. Aku telah diberi kesempatan utk mengetuai bacaan doa semasa talqin dibacakan. Aku bersyukur kerana urusan pengurusan jenazah baik dan sempurna. Moga roh Almarhum abah dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosa2nya. Moga amal ibadat dan kebaikan yg dilakukan semasa hayatnya diterima Allah. Amin.. smoga Almarhum abah tenang di sana.

Saat sebelum aku pergi bekerja ke Bintulu

      Alhamdulillah,  Almarhum abah pergi disaat kami semua anak2nya telah bekerjaya. Dan Almarhum dapat melihat kejayaan kami semua. Almarhum abah dan mak ni kurang suka untuk pergi keluar berjalan jauh ke mana2, lebih suka duduk di rumah, namun disebabkan anak2nya nilah Almarhum abah dan mak selalu merantau hantar anak2nya masuk sekolah asrama, matrik, universiti, posting ke negeri lain, kerja dan sebagainya. Kadang2 sian jugak tgk abah penat ikut, tp sbb nak pastikan anak2 dia selamat di tempat baru maka Almarhum memang akan ikut. 

          Kebetulan sehari selepas pemergian Almarhum abah adalah tarikh lahirnya, 31 December 1938. Kalau ikot ic, umur Almarhum abah 78 tahun, sbb tarikh lahir 14 Januari 1935,tp ic tu salah. Semua dah ditentukan oleh Allah. Tak sempat nk menyambutnya. Selalu akan buat doa selamat. Aku redha dgn ketentuan ini. Namun aku masih merasakan yg Almarhum abah spt dkt dgn kami. Moga rohnya dicucuri rahmat.

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Moga doaku dan adik beradik untuk abah di terima Allah..begitu juga dgn doa mak ku dan ahli keluarga yg lain....amin..moga kita berjumpa di syuga..insyaAllah

Tuesday, September 4, 2012

Meeting yang tak best..


Assalamualaikum..
ape khabar semuanya... dah lame rasenyer x bersua di blog nie..
sebab sentiasa sibuk..lagi2 time intern nie..mmg x de mase la nk ngupdate blog..
tempat intern aku ni memang sempoi habis..staf2 sume best, bos ke sv ker, staff and others subcon..
sume act like in family..keje pun x tension...
tapi satu benda je yg aku x suka intern kat sini, every 2 week, aku kene attend 3 meeting berkaitan satu project nie..memang la sebelum ni memang aku dah biasa pegi meeting, tapi meeting ni amat ANNOYYING DAN MEMBOSANKAN..

Ahli Jemaah meeting terdiri drpd rakyat 1 malaysia, Melayu,Cina dan India..tapi yang kuasai meeting 2 mostly Chinese..india sorg, melayu (aku dgn colleague n other company man n woman)..then project manager yg sempoi dari suku kaum Sarawak,Mr. Edwin Pacaldo..Dlm meeting ni ramai engineer,mostly in civil field la..  

1st time aku dtg meeting ni agak tegang la..mcm nak bgaduh pun ade..sume nak ikowt ego masing2…siap nk pass dokumen kat org len men campak2, even for the chairman also..haha..kalo iye pun marah jangan lah sampai kita tak hormat orang lain..bile dah tengok meeting macam tu,sumpah aku x nak attend dah meeting 2..rupa2nya sampai ke minggu last aku intern,memang aku kene attend meeting 2..haish..menyampah giler aku..siap segala progress about LPG kat projek 2 aku yang kene explain..mcm hape…memang la aku suke sebab company bagi kepercayaan kat aku untuk handle bende ni,tp macam mana kalo tibe2 time meeting 2 kuar unexpected question from the chairman???????
tak nganga aku..haha

ape2 pun best experience attend meeting macam ni, kene maki depan2 je dengan orang besar dikhalayak..tapi aku tak penah kene la sebab already prepared..haha
then diorg expect aku is the one of permanent worker yg arif pasal LPG..ye la,explain bagai nak rak macam kita tahu semua bende,tapi HARAM..haha..

Tuesday, July 17, 2012

Boleh Ke Budak Sekolah Bawa Handphone ke Sekolah?

Baru ade mood nak buat entry baru setelah lama membekukan blog nie.. mesti korang aware pasal isu semasa sekarang ni..yang paling latest adalah pasal usul atau cadangan KPM untuk membenarkan student membawa handset atau gadget ke sekolah..Ape pandangan korang?Aku tau sume ade pandangan dan idea masing2 tentang isu ni.Ada pro and cont.. pehh..ape la jadi kan kalo budak2 ni bawa handset ke sekolah...
boleh belaja ke idak??comfirm nanti ade yang bawa handset yang mahal2 untuk bermegah2 dengan kengkawan laen.."aku ada Iphone 4S,Kau ade??"haha..



Kali ni aku nak bagi tahu pendapat aku tentang isu.Kelebihan dan Keburukan membawa Gadget ke sekolah.. Bagi aku la kan yang dah melalui zaman persekolahan ni,
 kebaikan membawa handset adalah:
 1) anak2 boleh inform kat mak ayah kalo tiba2 hari sekolah tu kene balik lewat atau pun balik awal,so x de la nk menyusahkan mak ayah atau anak sendiri untuk tunggu.
 2) Kalo mak ayah yg gunakan bas or van sekolah:If kenderaan 2 rosak,leyh la anak2 bg tau parents yg diorg terkandas.xde la mak ayah risau tunggu anak2 napa x balik lagi..
 3) Kalo ade sesuatu buruk yg berlaku,cam kene culik ker, ape ker..so kebarangkalian untuk jejak anak2 ni ade..then anak pun ade peluang untuk call polis or parents. 
 So,aku ase itu je kebaikan yg aku nmpak kalo bwk handset g school..tp kalo keburukan lagi banyak rasenyer aku nampak..sekali lagi aku tegaskan ni pendapat aku ja..
4) Kalo ade ape2 mklumat pasal pelajaran,leyh cari using internet..

 Antara keburukan:

1)Kes kecurian handset or gadget. Ia la,kalo ade student yg tak mampu,then tengok kawan2 bwk gadget or handset mahal2,comfirm la timbul rase jelez, so student yg tak mampu ni pun mencuri gadget member.kan dah masalah 2..
2)Kat kelas budak takkan concentrate tyme cikgu ngajar.bukak fb,twitter bagai..bg handset yang cikai2,syok dok mesej org..haiya.. 
3)Kalo ade student yang x mampu nak ade handset canggih manggih,then balik umah mintak kat mak ayah suh blikan handset mcm 2,kalo x belikan x nak p skolah..haish..sian kat mak ayah 2.ade ow kes mcm nie..
4)Takowt kat dalam anset 2 ade benda yg bukan2..so budak2 layan..rosak2.. mgkin byk lagi kowt kelebihan atau kekurangan dalam isu ni..korg pun boleh pikir sendiri..

Then tyme belajar,student kene tutup handphone 2 atau wat silent mode..mcm yg budak u buat,tp aku ase susah la nk trained budak2 sekolah  ni mcm budak u..pandangan aku kat u jarang jumpe budak yang asik bmsg or men fb or twitter tyme blaja..

So, aku harap pihak KPM dapat fikirkan betul2 untuk melaksanakan perkara ni..kalo silap langkah,rosaklah anak bangsa kita.. Dah la ramai remaja yang rosak sekarang ni..x sanggup nak tengok ramai yg rosak lagi..hhuhu

Monday, April 2, 2012

THE MANHATTAN FISH MARKET

Assalamualaikum. dah lame rasenyer tak update blog nie..

Pada 30 mac 2012 yang lepas, aku dengan 4 lagi member2 coursemate zaki,ihsan,fizi and zack telah pegi makan kat restoran manhattan fish market ni..aku tak pernah plak terfikir nak makan kat restoran mahal macam ni..ni sume angkara Zul Azri Zainuddin a.k.a zack yang sangat diva nak makan kat restoran mcm nie..so sebab kesian ikowt je la...
aku citer la cket ape yang menarik dekat restoran ni..ok, sebenarnyer restoran ni menghidangkan makanan seafood utk pelanggan yang datang..macam2 jenis menu yang ada, tapi sume melibatkan makanan laut lah.. harga pun memang terbeliak gak la mata kalo tengok. Tapi time ni ade discount 50%, tu yang berani pergi..kalo tak sebelum ni pikir dua tiga kali gak..
Jom tengok menu ape yang kami pilih..

ni menu utama kami, so disebabkan kami ade 5 orang,so air kene tambah la..

semua menu yang ade kat dalam HOT BEAT ni memang terbaek n sedap la..cume satu je yang kami tak berkenan dan tak habis makan..Caesar Salad..rase die macam ape ntah..nak muntah pun ade..hahaha..
tengok macam banyak dh kan..tapi biasa la, Jiwa Remaja Nafsu Bergelora..Remaja kah kami??haha
ade adds- on lagi....haiya...

sebab discount 50%, so kami tambah menu 3 iaitu KICKING SHRIMPS, menu 2 iaitu QUAD DELIGHTS and last is menu 6 iaitu FRIED COUNTRY MUSHROOMS...

untuk tiga2 menu yang kami pilih ni memang terbaek sangat..memang berbaloi la pilih menu nie..sos yang disertakan dengan menu2 tu menambahkan lagi keenakan rasenya...wahhh....

tak cukup dengan 2 bukan kami tapi aku jer..sebab aku suke kek and ice cream..so, pencuci mulut mesti la kene ade..ni pilihan aku...

bukan dua2, tapi satu dessert je..gambar yg bawah..
BROWNIES WITH ICE CREAM
rase kek dengan ice cream ni memang HEAVEN la...terlampau sedap..aku rase ni la dessert yang paling sedap penah aku makan..memang x tau nak gambarkan la kesedapan die..memang korg kene rase sendiri..Bile ice cream yang sejuk tu dicampurkan dengan kek cokelat yang panas, dah dikunyah bersama2..pergh..memang sedap giler..haha...rase nak makan lagi jer...try la!!



ni plak minuman yang di order oleh zack..
sebab air x cukup satu, so terpakse la tambah satu lagi air..so,kalo zack yang tambah comfirm la bukan air yg cikai2...hahaa..tengok BADAN die la..haha

SWEET ALABAMA
-An indulging treat of Chocolate and Vanilla ice cream, swirled with peanut butter...
naseb baek la si zack ni offer shake die ni kat kitorang..dapat la jugak merasa shake yang sedap nie... 

bile sume tak sabar nak makan...

sume org dok gambar, zaki sorg je yang dah start melahap..haha
\

ni la santapan kami..memang menyelerakan..naseb baek ade nasi...huhu

so, pada korang2 yang nak merasa makanan laut totally, singgah la ke restoran Manhattan Fish Market ni...berbaloi kowt rasenyer...kenyang pun kenyang..Alhamdulillah..
Mungkin lepas ni aku akan datang lagi makan kat cni..tapi just hanya nak makan dessert die yang paling sedap tu je la..BROWNIES WITH ICE CREAM......sanggup aku..haha

dan rasenyer bleh makan bnde ni 5 tahun skali je kowt..mane taknyer..mahal kan..tak mampu kowt nak makan selalu kat cini..

Ape2 pun bile dah diberi nikmat ni kite kene ingat..Jangan Membazir..Jangan kufur nikmat...
Ingat Allah...Kalo Allah tarik nikmat dari kita, baru la kita nak nyesal..tak guna dah tyme 2...
jadi same2 la kita banyakkan bersyukur pada Allah atas nikmat yang Allah kurniakan ni...

p/s: bile kita banyak memberi kepada org dengan hati yang ikhlas tanpa mengharap balasan, Insyaallah, Allah akan membalas dengan memberi lebih banyak lagi kepada kita...cume kita saja x tau, ape, bile dan bagaimana pemberian Allah itu kpd kita...

Sunday, March 4, 2012

Kuih Peniram

sape yang suka makan kuih ni?


tadi g pasar, then terjumpa kuih ni...lama dah tak makan..akhirnya dapat juga melepaskan kerinduan nak makan kuih nie.. kalo kat tempat aku sekinchan selangor dipanggil TELINGA HINDU...tak tau sebab pe namenyer cam tu.. kuih ni sedap di makan time panas2 sebab rangup... lagi sedap dari donut JCO kowt..haha



 p/s: Nostalgia tolong mak wat kuih ni time kecik2 dulu...huhuhu..bestnyer...

Saturday, March 3, 2012

aku suka wanita yang bertudung labuh..

Bila melihat atau memandang wanita yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat Islam, membuatkan aku suka pada mereka ini. Berpakaian dengan pakaian yang labuh, tidak ketat, memakai tudung labuh memang membuatkan sejuk mata yang memandang.Tapi awas, jangan memandang mengikut nafsu pula..tu dah lain.

Kenapa aku suka wanita yang bertudung labuh??

1.   Insyaallah, mereka ini patuh pada suruhan Allah.
2.   Insyaallah, mereka ini mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik.
3.   Insyaallah, mereka taat pada ibu bapa.
4.   Insyaallah, mereka mampu menjaga diri jika berseorangan.
5.   Insyaallah, mereka boleh menjadi role model kepada orang disekeliling mereka.
6.   Insyaallah, mereka mementingkan kebersihan.
7.   Insyaallah, mereka menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua dari mereka.
8.   Insyaallah, mereka pandai berhias, tapi cuma didepan bakal suami mereka sahaja.
9.   Insyaallah, mereka pandai memasak.
10. Insyaallah, mereka adalah yang tidak mudah patah semangat.
11. Insyaallah, mereka adalah orang2 yang sabar.
12. Insyaallah, mereka akan taat dan menyayangi bakal suami mereka.

Banyak lagi sebab, tapi rase tak mampu nak tulis semua. Aku tau walaupun semua sebab ini orang yang tidak memakai tudung labuh pun ade, namun jika mereka itu berpakaian menurut syariat islam bertudung labuh semua, kan lebih baik dan sempurna disamping mempunyai akhlak yang baik. hati aku jadi tertarik dan tenang jika dapat dijadikan mereka ini bakal zaujah.

Tapi PERSOALANNYA disini, adakah aku LAYAK untuk menjadikan mereka ini PASANGAN HIDUP???Mungkin aku suke mereka, tapi  adakah mereka akan suke kepada lelaki seperti aku???

Berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]

Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal shalih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
JOM KITA SAMA2 MEMPERBAIKI DIRI
 





Kalendar Pemain Malaysia

Even sekarang dh bulan mac, tapi still lagi boleh digunakan kalendar ni... 
Ape2 pun malaysia tetap di hati...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...