Tuesday, January 7, 2014

Kepergianmu tanpa disangka..Abah

     
 Tanggal 30 Disember 2013 bersamaan 27 Safar 1435H waktu pagi aku telah dikejutkan dgn panggilan dari kakak ku yg bercakap sambil teresak-esak "Alan, abah accident..abah dah takda". Aku tersentak dan blur. Betol ke apa yg aku dengar ni. Aku terus menangis..aku tak tau nk ckp apa. Ketika itu aku berada di dalam kereta bersama seorang sahabatku yg sama2 bekerja di MLNG, Akhi Zharudin@Emuk namanya. Ketika itu kami di Kuching x sampai 24 jam pun lagi dan ketika itu kami sedang menuju ke rumah salah seorg sahabat kami sambil menghantar seorg sahabat lg utk berjumpa client. Waktu itu bandar Kuching hujan lebat. Emuk bertanya kpd aku, apa yg berlaku?? Dan aku mengatakan abah dah xde. Emuk cuba menenangkan aku dan menyuruhku menelefon abgku utk confirmkan apa yg berlaku. Maka aku terus call abg zul. "Abang, abah accident ke?"ketika itu aku masih x sanggup utk menanyakan adakah abah sudah tiada kerana aku masih tak dpt terima. Maka abg zul menjawab " bukan accident lg dah lan, abah dah takde.."Innalillahiwainnailaihiraji'un. Tangisan aku lebih kuat dalam kereta itu. Abg zul ckp jika sempat utk cari tiket balik la lan, kalau x sempat xpe la. Aku dgn nada teresak2 mengatakan aku akn usaha utk balik pagi ni gak walau apa cara sekalipun. Akhi zharudin cuba menenangkan aku. Tanpa berlengah aku terus membuka website penerbangan sama ada MAS mahupun Air Asia. Situasi sebeginilah yang aku khuatiri bile aku mndpt kerja di Sarawak ni dulu. Jika ada emergency case mcm ni adakah aku sempat utk balik ke rumah. Dan ianya berlaku pada kali ini.
      Sebenarnya perancangan Allah itu sangat cantik bagiku. Semua aturanNya ade hikmah disebaliknya. Pada ketika kami meninggalkan bandar Bintulu, rupanya Bintulu telah mengalami banjir kilat yg agak teruk. Sangat simpati dan risau kepada keluarga yg rumah mereka di tenggelami air. Sahabat2 yg berada disana bertungkus lumus utk membantu masyarakat2 yg terjejas. Dalam hati ni kalo la aku ada disana sudah pasti aku dpt membantu mereka. Banjir di Bintulu itu menyebabkan banyak taman yg ditenggelami air dan jalan yg terputus termasuk jalan nak ke airport. Bile aku fikir ade hikmahnya aku ke Kuching, cube bygkan jika aku berada di Bintulu, bagaimana aku hendak ke airport jika air di jln itu belum surut. Dan perbezaan airport Kuching dan Bintulu ialah airport Bintulu hanya menyediakan 5 kali shj penerbangan ke Kuala Lumpur, 3 Air Asia, 2 MAS. But for Kuching airport hmpir setiap jam ade flight ke KL. Dan belum tentu boleh beli tiket tu kalo on the spot mcm ni. Actually aku pun x sure knape aku g Kuching ni. Akhi zharudin ni ajak jln2, then aku ikot je.Die kata kat Kuching byk shbt2 dan ade gak tmpt2 menarik. Dan aku slumber je mintak annual leave dari bos. Bos plak rileks je approved. So mmg ke Kuching la kami 29 Dis tu. Cdgnya kami mula2 nk g Sabah, nak drive dari Bintulu ke KK, tp last minute ntah cmne tukar plan nk ke Kuching plak. Lagi pun zaujah akhi zharudin keje kt Kuching, so at least die pun bleh jumpa zaujah die. Nampak hikmahNya kt situ aku berada di Kuching instead of Bintulu.
       Berbalik pada kisah aku cari tiket flight, aku tgk waktu pagi tu tiket dah x available samada Air Asia mahupun MAS. Yg ade tghri hari je. Waktu tu aku dah nangis2 dah. X sempat ni nk jumpa almarhum abah kalo mcm ni lmbtnya. Emuk ckp xpe kite terus je g airport bli direct kt sana mne tau ade yg kosong. Waktu tu hujan lbt, sama spt lbtnya aliran air mata aku. Ak byk bermenung kenangkan almarhum abah. Seakan x percaya lagi. Tapi Allah itu sudah menentukannya, ajal itu di tangan Allah. Takkan pernah terlambat atau tercepat walau satu saat utk die menjemput hambaNya menghadapiNya. Waktu tu aku dah mula redha. Sampai di airport aku berjln laju dan kdg kala berlari utk ke counter, tp bile smpai mcm dh xde pluang nk naik flight pg tu. Aku dah rase hilang smgt, tibe Emuk suruh check website flight Malindo. Alhamdulillah, rupenyer ade lagi tiket pg tu. Time nk bli online tu boleh plak internet lembap plak, mgkin sbb ramai sgt kt airport. Aku dh gelabah, then kmi try cri kaunter Malindo, alhamdulillah jumpa. Tanya staff tu die ckp tiket still available tp kne  bli kt office diorg kt tgkt bwh. Mmg berlari la kmi sbb ade mse 15 mnit je lg before departure. Mmg aku sempat bli tiket tu..syukur sgt flight pkul 9.40am, actually flight tu delayed sbb cuaca x ok. Tu yg ak sempat naik. Terima kasih sgt kt akhi zharudin yg bersusah payah tlg aku.
     Dalam flight ak sedekahkan bacaan yassin utk almarhum abah..sampai kali ketiga aku baca aku dah tak mampu menahan kesedihan.. memang aku menangis. Allah shj yg tahu bagaimana perasaan aku. Seorg hero dlm hidup aku telah meninggalkn aku tanpa diduga. Kali terakhir aku jumpa almarhum pada awal bulan 12 dahulu ketika aku ada kursus di bangi. Aku x sangka itu adalah kali terakhir aku berjumpa dgn Almarhum abah.
      Alhamdulillah, aku di anugerahkan olehNya kwn2 yg baik. Semasa di Kuching aku telah memberitahu seorg kawan yg sama belajar di UTM Zack nama panggilannya bhw abah sudah tiada. Lalu die terus menawarkan diri utk menghantar aku ke rumah apabila aku dah sampai ke KLIA. Dia tahu bahwa jika tidak aku perlu menaiki bas utk ke rumah, jd sudah pasti aku tidak sempat utk bertemu Almarhum abah. Setibanya aku di KLIA,  aku ingtkan hanya Zack seorang yg menjemput aku, rupanya Syazwan, Hafizi dan Naomi juga turut sama utk menolong menghantar aku. Diorang bekerja hanya setengah hari. Ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan kawan2 yg banyak membantu aku.
       Aku sampai di rumah lebih kurang pukul 2.10 ptg. Ikut jadual jenazah hendak disembahyangkan dan dikebumikan pd pukul 3ptg. Ramai yg terkejut bagaimana aku yg duduk di Sarawak boleh sempat sampai. Ini semua kuasa Allah yg memudahkn segala perjalananku utk bertemu Almarhum abah. Saat aku sampai di rumah, tahlil sdg dibacakan kpd Almarhum. Dalam rumah dan sekitarnya penuh dgn org ramai, ahli keluarga, org kampung dan shbt handai. Seusai tahlil, aku diberi kesempatan oleh abangku utk menatap dan mencium wajah Almarhum. Saat itu ak menahan air mata ku. Aku berasa tenang kerana ku lihat wajah Almarhum yg sgt tenang spt tidur yg nyenyak tanpa menunjukkan riak wajah kesakitan. Namun air mata tak dapat dibendung lagi tatkala aku memeluk mak. Aku cuba tenangkn mak walaupun aku sendiri juga sgt sedih dgn pemergian Almarhum. Tapi mak org yg lebih rapat dgnnya sudah pasti kehilangan ini suatu ujian yg sgt besar buat mak.
       Pkul 2.30ptg jenazah di bawa turun dri rumah utk dibawa ke masjid utk disembahyangkn dan seterusnya dikebumikan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehinggalah pengebumian. Aku telah diberi kesempatan utk mengetuai bacaan doa semasa talqin dibacakan. Aku bersyukur kerana urusan pengurusan jenazah baik dan sempurna. Moga roh Almarhum abah dicucuri rahmat Allah, diampunkan segala dosa2nya. Moga amal ibadat dan kebaikan yg dilakukan semasa hayatnya diterima Allah. Amin.. smoga Almarhum abah tenang di sana.

Saat sebelum aku pergi bekerja ke Bintulu

      Alhamdulillah,  Almarhum abah pergi disaat kami semua anak2nya telah bekerjaya. Dan Almarhum dapat melihat kejayaan kami semua. Almarhum abah dan mak ni kurang suka untuk pergi keluar berjalan jauh ke mana2, lebih suka duduk di rumah, namun disebabkan anak2nya nilah Almarhum abah dan mak selalu merantau hantar anak2nya masuk sekolah asrama, matrik, universiti, posting ke negeri lain, kerja dan sebagainya. Kadang2 sian jugak tgk abah penat ikut, tp sbb nak pastikan anak2 dia selamat di tempat baru maka Almarhum memang akan ikut. 

          Kebetulan sehari selepas pemergian Almarhum abah adalah tarikh lahirnya, 31 December 1938. Kalau ikot ic, umur Almarhum abah 78 tahun, sbb tarikh lahir 14 Januari 1935,tp ic tu salah. Semua dah ditentukan oleh Allah. Tak sempat nk menyambutnya. Selalu akan buat doa selamat. Aku redha dgn ketentuan ini. Namun aku masih merasakan yg Almarhum abah spt dkt dgn kami. Moga rohnya dicucuri rahmat.

عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Moga doaku dan adik beradik untuk abah di terima Allah..begitu juga dgn doa mak ku dan ahli keluarga yg lain....amin..moga kita berjumpa di syuga..insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...